Berita Harian

Pemain tukar jersi

-

Chelsea pilihan Dembele Chelsea menjadi pasukan pilihan untuk mendapatka­n Ousmane Dembele menerusi perpindaha­n percuma musim panas ini.

Thomas Tuchel juga dilaporkan sedang berusaha keras memburu bintang Barcelona itu.

Marca mendakwa Dembele semakin hampir untuk meninggalk­an Nou Camp apabila kontraknya tamat dan Xavi Hernandez tampak sudah terlambat dalam menawarkan kontrak baharu buat pemain Perancis itu.

Ronaldo bukan untuk dijual

Manchester United memberitah­u bahawa Cristiano Ronaldo bukan untuk dijual.

United berang dengan laporan bahawa ejen Ronaldo, Jorge Mendes bertemu dengan pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly dan berbincang mengenai perpindaha­n pemain itu ke Stamford Bridge.

Sebelum itu, ada laporan mengatakan Mendes menawarkan pemain berusia 37 tahun kepada Bayern Munich.

Arsenal ‘ghairah’ beli pemain Arsenal semakin sibuk dalam fasa perpindaha­n musim ini selepas menandatan­gani Marquinhos dan Fabio Vieira selain penjaga gol, Matt Turner yang dijangka menyertai kelab itu dalam tempoh beberapa hari lagi.

Edu juga dilihat semakin hampir mendapatka­n pemain Manchester City, Gabriel Jesus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia