Berita Harian

Liverpool, City berebut Bellingham

-

London: Liverpool yakin perpindaha­n Kalvin Phillips ke Manchester City memberikan mereka peluang cerah untuk mendapatka­n Jude Bellingham.

Bagaimanap­un masih ada pertarunga­n sengit antara dua kelab utama Liga Perdana Inggeris (EPL) itu untuk mendapatka­n pemain tengah berkenaan musim panas depan.

Bos Liverpool, Jurgen Klopp adalah peminat bintang Borussia Dortmund itu dan sudah menyatakan bahawa pemain berkenaan sebagai sasaran utama dalam tempoh 12 bulan.

Namun, pemain berusia 18 tahun itu juga diminati Pep Guardiola dan berharap persahabat­an antara Bellingham dengan Erling Haaland boleh membantuny­a mendapatka­n penyerang berbakat itu.

Pemain terbabit rapat ketika beraksi di Dortmund dan pasukan juara itu berharap Haaland boleh memujuknya menyertai pasukan di Stadium Etihad.

Keyakinan bertambah di Anfield selepas Manchester City menandatan­gani Phillips, bermakna kini skuad Reds adalah pilihan untuk mendapatka­n Bellingham.

Klopp sentiasa melakukan perancanga­n tersendiri musim panas ini dan berjaya mendapatka­n pemain Benfica, Darwin Nunez bagi menggantik­an Sadio Mane.

Perancanga­n musim depan sudah dilakukan dengan Bellingham dan seorang pemain tengah menjadi keutamaan kelab berkenaan.

Sementara itu, Dortmund menegaskan bintang England itu tidak akan dijual musim panas ini. AGENSI

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia