Berita Harian

‘Ronaldo suka menang trofi’

-

Dari muka 48

Laporan itu bagaimanap­un menyatakan ‘masih belum jelas pada tahap ini sama ada Chelsea akan menggunaka­n kesempatan’ bagi menandatan­gani Ronaldo.

Bayern Munich dan Roma juga dikatakan berminat bagi mendapatka­n pemain itu.

Sementara itu, Ronaldo juga dilaporkan boleh kembali ke Portugal selepas kelab pertamanya, Sporting Lisbon mahukan dia kembali.

The Sun melaporkan, bos Sporting, tempat Ronaldo bermain 25 aksi liga sebelum ke United pada 2003, percaya mereka boleh memujuknya kembali ke Lisbon.

Seorang sumber berkata: “Sporting tahu Ronald suka menang trofi. Itu nampak sukar di United pada ketika ini dan masa semakin suntuk buat Ronaldo.

“Jadi cara terbaik untuk menamatkan karier ialah kembali dan bermain di Portugal,” kata sumber berkenaan. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia