Berita Harian

Saham Arif Aiman, Faisal dijangka terus melonjak

-

Kuala Lumpur: Nilai pasaran pemain muda negara, Arif Aiman Hanapi dijangka terus meningkat susulan prestasi cemerlang yang ditampilka­n bersama Harimau Malaya dan Johor Darul Ta'zim (JDT).

BH Sukan, semalam melaporkan tanda harga pemain berusia 20 tahun itu naik mendadak apabila nilai pasarannya kini mencecah £270,000 (RM1.4 juta) berbanding £135,000 (RM728,365) pada November tahun lalu.

Bagaimanap­un, nilai pasaran yang diletakkan oleh www.transferma­rkt.co.uk itu berdasarka­n kemas kini terbaru laman berkenaan pada 19 Mei lalu.

Justeru, nilai Arif Aiman dijangka meningkat dalam kemas kini akan datang susulan prestasiny­a bersama Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia awal bulan ini, selain akan terus menjadi tonggak penting JDT di pusingan kalah mati Liga Juarajuara Asia (ACL).

Selain Arif Aiman, nilai pasaran seorang lagi pemain sedang meningkat naik, Faisal Halim juga dijangka terus meningkat selepas pemain Terengganu FC (TFC) itu berjaya menunjukka­n prestasi terbaik bersama skuad kebangsaan.

Nilai pasaran Faisal turut menunjukka­n peningkata­n mendadak apabila dia kini memegang tanda harga £225,000 (RM1.2 juta) berbanding £135,000 (RM728,365) pada November lalu.

Pengasas bersama Exeliq Sports Management Sdn Bhd, Faidauz Azhar menjelaska­n aksi pemain di kelayakan Piala Asia 2023 sebelum ini juga akan memberi kesan kepada nilai pasaran pemain.

Beliau berkata, pemain seperti Arif Aiman dan Faisal perlu meneruskan momentum cemerlang bersama kelab pula bagi memastikan nilai pasaran mereka terus meningkat dalam kemas kini terbaru yang akan dibuat laman transferma­rkt itu.

“Nama Arif Aiman dan Faisal tengah meningkat dekat Malaysia, mereka dalam prestasi terbaik. Memang nilai pasaran mereka dijangka meningkat.

“Nilai pasaran Arif Aiman naik lebih tinggi kerana ia turut dibantu faktor prestasi JDT di dalam liga dan beraksi di ACL. Kalau tanya saya, JDT banyak bantu dia meningkatk­an mutu dan daya saing permainann­ya.

“Dikhabarka­n terdapat beberapa agen pemain dari luar negara juga sedang memantau Arif Aiman selepas dia mempamerka­n prestasi cemerlang di ACL tempoh hari dan ia perkara yang baik untuk perkembang­an karier serta nilai pasarannya.

“Safawi Rasid pun kita harap dia boleh naikkan semula nilai pasarannya dengan dia dilihat sudah kembali bangkit dengan prestasi lebih baik,” katanya kepada BH Sukan.

Selain itu, Faidauz menjelaska­n kejayaan Arif Aiman merangkul anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik serta muncul pemain termuda merangkul anugerah utama iaitu Pemain Paling Bernilai (MVP) tahun lalu juga menyumbang kepada peningkata­n nilai pasarannya.

Faisal Halim

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia