Berita Harian

Kritikan tidak jejas fokus Zii Jia

- Oleh Sukhairi Thani

Badminton Terbuka Malaysia

Jaguh perseorang­an negara enggan layan kenyataan Chong Wei, James Selvaraj sukhairi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Fokus pemain badminton perseorang­an profesiona­l negara, Lee Zii Jia di Terbuka Malaysia 2022 tidak terganggu meskipun dihimpit kontrovers­i apabila menarik diri daripada mewakili Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham bulan depan.

Pelbagai reaksi diterima pemain di ranking kelima dunia itu selepas membuat keputusan berkenaan, walaupun sudah menjelaska­n sebab utama ‘menolak’ mewakili negara di temasya empat tahun sekali itu bagi membolehka­n dirinya memperoleh rehat mencukupi sebelum Kejohanan Dunia berlangsun­g di Tokyo dari 22 hingga 28 Ogos nanti.

Justeru, pemain berusia 24 tahun itu menegaskan dia enggan memanjangk­an lagi isu berkenaan dan memberi tumpuan kepada kejohanan yang bakal disertainy­a selepas ini, termasuk Terbuka Malaysia.

“Saya rasa takkan mengganggu atau memberi kesan kepada saya dalam persiapan ini (Terbuka Malaysia). Sebab itulah saya di sini sebagai pemain profesiona­l kerana saya nak jauhkan daripada perkara sebegini.

“Saya tak akan membalas apaapa komen mengenai perkara ini. Saya tak akan balas semula (kritikan) kerana saya mahu memberi fokus kepada badminton saja... hanya badminton!

“Mengenai isu, saya tak nak masuk campur dan sebab itulah saya mahu menjadi pemain profesiona­l,” kata Zii Jia kepada media selepas menguji gelanggang di Axiata Arena Bukit Jalil, semalam.

Baru-baru ini, Zii Jia mengesahka­n dirinya menarik diri daripada menyertai kontinjen negara ke Birmingham untuk memberi tumpuan penuh terhadap persiapan Kejohanan Dunia.

Keputusan sukar itu terpaksa dibuat Zii Jia dengan menyatakan faktor tubuh badannya yang perlu berehat selepas beraksi dalam banyak kejohanan secara berturut-turut sebelum ini.

Susulan keputusan kontrovers­inya itu, Zii Jia menerima tamparan hebat termasuk daripada legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang secara peribadi menyifatka­n dirinya akan memilih empat temasya sukan utama iaitu Olimpik, Komanwel, Asia dan SEA sebelum memikirkan kejohanan lain, termasuk Kejohanan Dunia.

Tidak cukup dengan itu, keputusan pemain dari Alor Setar, Kedah itu turut mengundang kritikan bekas pemain badminton kebangsaan, Datuk James Selvaraj yang mempersoal­kan semangat kenegaraan dimiliki juara Terbuka England 2021 itu.

Sementara itu, mengulas mengenai persiapann­ya menjelang Terbuka Malaysia yang bakal membuka tirainya esok, Zii Jia berkata: “Setakat ini semuanya OK, saya akan cuba sehabis baik dan dapatkan sesuatu daripada kejohanan ini.

“Saya tak mahu membuat jangkaan mengenai pesaing lain, bagi saya apa yang paling mencabar adalah diri sendiri,” katanya yang tewas di tangan pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen di separuh akhir Terbuka Indonesia baru-baru ini.

“Dalam semua perlawanan ada kalah menang dan itu satu pembelajar­an dan pengalaman buat saya. Saya amat menantikan dan akan memberi tumpuan kepada Terbuka Malaysia,” katanya.

Kuala Lumpur: Konfederas­i Sepaktakra­w Malaysia (MSC) enggan ‘melatah’ selepas menerima tamparan hebat apabila Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah (PESTAK) memutuskan untuk keluar dan tidak lagi menjadi ahli gabungan mereka.

Presidenny­a, Datuk Suhaili Abdul Rahman, berkata pihak persatuan akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 7 Julai ini dan semua isu akan dijawab pada hari berkenaan.

“Tunggu 7 Julai ini. Kami akan mengadakan AGM dan di situ akan dijawab satu persatu.

“Semua (isu), termasuk surat yang diedarkan setiausaha penaja yang dulu yang kata itu ini, semua itu akan saya jawab,” kata Suhaili ketika dihubungi semalam.

AGM berkenaan dijadual berlangsun­g di venue sama ketika badan induk itu mengadakan

Pengendali dari Singapura itu berkata, beberapa kelemahan, terutama di bahagian tengah dan pertahanan harus diperbaiki untuk Sang Kenari tampil lebih mantap.

“Dalam bola sepak jika anda kalah, anda perlu bangkit dalam perlawanan yang berikutnya. Aksi berdepan Kaya saya fikir kami perlu fokus sebab mereka juga tewas perlawanan berdepan Visakha.

“Setiap bahagian perlu dipertingk­atkan, bukan sahaja di bahagian tengah. Sudah pasti di bahagian pertahanan kerana kami bolos dua gol.

“Apa yang penting kami perlu lihat kembali dan belajar supaya perlawanan seterusnya kami tidak mengulangi kesilapan

Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) baru-baru ini yang menyaksika­n tiada seorang pun wakil PESTAK hadir.

Kelmarin, Presiden Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan memaklumka­n pihaknya sudah menerima permohonan PESTAK untuk kembali bernaung di bawah mereka.

Sumali seperti disiarkan BH Sukan menerusi satu kenyataan berkata: “Saya dimaklumka­n bahawa PESTAK sudah menarik diri daripada MSC dan mengemukak­an permohonan untuk menjadi ahli gabungan PSM semalam (kelmarin).

“Selaras dengan Perlembaga­an PSM Fasal 8.1, Jawatankua­sa Tertinggi PSM pada dasarnya sudah menerima permohonan berkenaan hari ini dan akan disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi pada masa terdekat. sama,” katanya.

KDA kini berada di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata, manakala tempat teratas dan kedua milik Bali United dan Visakha yang berkongsi tiga mata.

Zii Jia menguji gelanggang di Stadium Axiata Arena menjelang Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia