Berita Harian

Pearly-thinaah tekad bangkit di Axiata Arena

-

Kuala Lumpur: Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan berharap dapat mempamerka­n corak permainan lebih konsisten di depan penyokong sendiri pada saingan Terbuka Malaysia 2022 bermula esok.

Pearly yang berganding­an bersama M Thinaah dijadual membuka tirai saingan bertemu Liu Xuan Xuan-xia Yu Ting - pasangan China yang ditewaskan mereka di Terbuka Thailand bulan lalu.

“Kejohanan sebelum ini memberi motivasi kepada kami dan kami harap dapat mempamerka­n prestasi yang lebih konsisten dan bersedia dalam corak permainan kami,” kata Pearly ketika ditemui selepas menguji gelanggang di Axiata Arena Bukit Jalil, semalam.

Mengulas mengenai keadaan gelanggang, Pearly yang tewas di tangan pilihan keempat Jepun,

Yuki Fukushima-sayaka Hirota pada pusingan kedua Terbuka Indonesia baru-baru ini berkata, dia dan Thinaah berharap dapat menemui keserasian secepat mungkin.

“Keadaan angin yang berbeza dalam semua kejohanan. Masih ada satu lagi sesi dan kami harap dapat menemui keserasian itu,” katanya yang turut teruja apabila dapat kembali beraksi di hadapan penyokong sendiri selepas dua tahun kejohanan tidak dianjurkan susulan penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

“Tidak begitu gementar, tetapi gembira kerana selepas dua tahun kami dapat kembali beraksi di depan penyokong sendiri dan tentunya ia sesuatu yang mengujakan bagi kami berdua,” katanya.

Sementara itu, Thinaah berkata: “Minggu lalu apabila melihat penyokong Indonesia memberikan sokongan kepada pemain mereka, mereka tampil lebih bertenaga dan bersemanga­t. Jadi, kami menantikan sokongan yang sebegitu.”

Pada Terbuka Indonesia minggu lalu, Pearly-thinaah tewas di tangan Fukushima-hirota 19-21, 12-21 dalam tempoh 49 minit sekali gus menjadikan rekod kemenangan dalam tiga pertemuan antara mereka memihak kepada gandingan Jepun itu dengan 2-1.

 ?? (Foto Aswadi Alias/bh) ??
(Foto Aswadi Alias/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia