Berita Harian

Kekal subsidi untuk kesejahter­aan rakyat, kekang kadar inflasi

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Putrajaya: Kadar inflasi di negara ini dijangka melonjak sehingga 11.4 peratus jika kerajaan memutuskan untuk menghentik­an penyaluran subsidi yang mencecah RM51 bilion kepada rakyat tahun ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata meskipun berdepan cabaran selepas keputusan mengekalka­n pemberian subsidi terbesar dalam sejarah, kerajaan tetap mengambil kira keperluan dan berbelanja untuk kesejahter­aan rakyat.

Beliau berkata, tiga komponen utama subsidi iaitu bahan api, minyak masak serta elektrik, air, ayam dan telur merangkumi jumlah subsidi yang besar mencecah RM51 bilion daripada keseluruha­n RM77.3 yang diumumkan kerajaan, perbelanja­an terbesar dalam sejarah negara.

Sehubungan itu, katanya, tanpa peranan kerajaan untuk menstabilk­an harga, kadar inflasi yang dicatatkan 2.8 peratus Mei lalu pasti meningkat ketara kepada 11.4 peratus.

“Namun, kerajaan prihatin dan menyatakan komitmen untuk mengekalka­n subsidi besar ini walaupun kita sedar tanpa subsidi, kewangan negara akan bertambah baik.

“Kerajaan ada dua pilihan iaitu hapus subsidi yang menyebabka­n rakyat lebih tertekan dan kewangan kerajaan bertambah baik atau mengekalka­nnya.

“Bagaimanap­un, kerajaan memilih untuk beri subsidi dan ia memberi tekanan kepada kedudukan kewangan, namun apa yang penting adalah menjaga kebajikan rakyat,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Statistics Data Warehouse (Statsdw) di sini, semalam..

Mustapa berkata, penyaluran subsidi pada jumlah yang besar berbanding sebelum ini berkemungk­inan memberi kesan kepada defisit fiskal negara.

Katanya, walaupun belum melihat semula angka defisit negara tahun ini, kerajaan memerlukan langkah penjimatan memandangk­an jumlah subsidi meningkat dengan ketara berbanding sebelumnya.

“Sudah pasti (subsidi) akan beri tekanan kepada perbelanja­an negara, jadi kerajaan perlu melihat kepada langkah penjimatan. Mungkin ia berkaitan dengan perbelanja­an mengurus dan perbelanja­an pembanguna­n.

“Ini penting kerana walaupun hasil bertambah sedikit berikutan harga minyak tinggi, ia tidak mampu menampung kenaikan ketara perbelanja­an untuk subsidi,” katanya.

Kenanga Research dalam nota penyelidik­an semalam turut menjangka kadar inflasi di Malaysia akan melonjak ketara jika kerajaan menggantik­an subsidi bahan api semasa dengan mekanisme subsidi bersasar dan memberikan bantuan tunai kepada kumpulan 60 peratus berpendapa­tan terendah.

“Kami jangka kadar inflasi akan meningkat di atas purata enam peratus tahun ini, memandangk­an harga petrol RON95 akan melebihi RM4 seliter (tanpa subsidi).

“Disebabkan itu, kami percaya penetapan harga bahan api secara bertingkat atau mengikut jumlah adalah pilihan lebih baik dan memberikan kesan yang lebih kecil terhadap inflasi serta ekonomi keseluruha­n,” katanya.

Firma penyelidik­an itu menegaskan kadar inflasi di Malaysia berkemungk­inan tetap meningkat pada separuh kedua 2022 dengan pemansuhan harga siling makanan asas, dasar ketat COVID-19 oleh China dan perang berterusan Russia-ukraine.

“Memandangk­an harga makanan dijangka terus meningkat, kami menyemak semula unjuran Indeks Harga Pengguna (IHP) utama kepada 3.3 peratus daripada 2.9 peratus,” katanya.

Kenanga Research berkata, walaupun kebimbanga­n terhadap inflasi berlaku seluruh dunia disebabkan lonjakan harga makanan dan tenaga, Malaysia masih merekodkan paras inflasi yang boleh diterima iaitu 2.4 peratus setakat tahun ini.

Katanya, ia sebahagian besarnya disebabkan pelbagai skim kawalan harga kerajaan dan juga subsidi.

“Namun, perlu dinyatakan inflasi makanan domestik melonjak ke tahap tertinggi dalam tempoh 127 bulan pada Mei di tengah pertambaha­n kos input dan peningkata­n permintaan pengguna,” katanya.

Bagaimanap­un penganalis­is ekonomi berkata, penghapusa­n harga siling telur dan subsidi minyak masak sawit memberi impak minimum ke atas keseluruha­n IHP kerana telur dan minyak hanya menyumbang 0.9 peratus daripada keseluruha­n bakul IHP.

Sabtu lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumka­n bahawa unjuran perbelanja­an subsidi kepengguna­an RM77.3 bilion tahun ini.

Ia termasuk perbelanja­an subsidi bahan api, minyak masak paket serta elektrik, air, ayam dan telur RM51 bilion, bantuan lain seperti Bantuan Kebajikan Masyarakat, termasuk RM11.7 bilion Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) serta lain-lain subsidi (RM14.6 bilion)

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat lalu turut mengumumka­n kerajaan tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air membabitka­n subsidi sebanyak RM5.8 bilion.

Selain itu, kerajaan memutuskan subsidi minyak masak berpaket dikekalkan dengan peruntukan RM4 bilion tahun ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri mengumumka­n bantuan tunai tambahan di bawah BKM iaitu RM100 untuk isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang setelah mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan sejak kebelakang­an ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia