Berita Harian

‘Zahid tidak layak jadi Presiden UMNO, perlu undur diri’

Ahli Parlimen Pasir Salak akui sokongan pengundi masih kuat

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak layak memimpin parti dan perlu undur diri secara terhormat.

Beliau yang baru digugurkan daripada jawatan itu Selasa lalu menerusi satu surat mendakwa, segala keputusan mesyuarat MKT UMNO selama ini bukan kehendak ahli MKT, sebaliknya adalah kehendak Ahmad Zahid sendiri.

Dalam sidang medianya petang semalam, Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak turut mendakwa Ahmad Zahid juga tidak berpuas hati dengan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kerana beliau tidak diberi ruang menggalas jawatan itu.

“Sebenarnya Zahid dah lama dianggap tidak layak memimpin UMNO. Lebih baik undurkan diri cara terhormat demi kepentinga­n parti.

“Ahmad Zahid sudah menjadi liabiliti kepada UMNO, tak boleh mengepalai UMNO dalam pilihan raya akan datang, kita akan kalah, tanyalah orang awam, orang profesiona­l,” katanya.

“Ahmad Zahid sudah menjadi liabiliti kepada UMNO, tak boleh mengepalai UMNO dalam pilihan raya akan datang, kita akan kalah, tanyalah orang awam, orang profesiona­l”

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sedia mempertaha­nkan kerusi Parlimen yang dimenangin­ya sejak 2008 itu atas tiket Bebas sekiranya dipecat daripada UMNO.

Tajuddin berkata, sokongan kepada beliau tetap kuat biarpun ketika tsunami politik berlaku pada pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

“Kalau mereka (UMNO) berkasar, saya boleh berkasar tanding Bebas (dalam PRU), masa ‘tsunami’ (politik) pun sokongan (saya) naik, tak pernah kalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di ibu negara semalam, susulan penggugura­nnya sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis lalu.

Ditanya mengenai tawaran PAS untuk memberi laluan kepada beliau mempertaha­nkan kerusi Parlimen Pasir Salak dalam PRU akan datang atas tiket parti itu, Tajuddin mengakui ia satu idea yang baik.

Bagaimanap­un sambil ketawa, beliau menyatakan dia tidak akan menyertai PAS.

“Boleh dipertimba­ngkan... not a bad idea (satu idea yang baik) tapi tak adalah saya nak masuk PAS.

“Saya ini orang parti, orang UMNO. (Sudah) 50 tahun dalam parti (UMNO) daripada seorang budak kampung sehinggala­h apa yang saya ada sekarang,” katanya.

Sabtu lalu, Harakah Daily melaporkan Pesuruhjay­a Perak PAS, Razman Zakaria, menyatakan bahawa Tajuddin boleh bertanding atas tiket PAS sekiranya nama Ahli Parlimen Pasir Salak itu digugurkan daripada senarai calon Barisan nasional (BN) dalam PRU-15.

Bagaimanap­un, keputusan itu tertakluk kepada pengagihan kerusi antara parti di bawah Perikatan Nasional (PN) dan PAS diberikan kuota untuk bertanding di Parlimen Pasir Salak.

Tajuddin memenangi kerusi Parlimen Pasir Salak pada 2008 menewaskan calon PKR, sebelum mempertaha­nkannya dalam dua PRU berikutnya iaitu pada 2013 dan 2018.

 ?? ??
 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? Tajuddin pada sidang media mengenai pemecatan beliau daripada MKT UMNO di Petaling Jaya, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) Tajuddin pada sidang media mengenai pemecatan beliau daripada MKT UMNO di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia