Berita Harian

Kikis kerenah birokrasi dalam salur bantuan

-

Putrajaya: Semua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) digesa mengikis kerenah birokrasi khususnya dalam menyalurka­n bantuan kepada golongan memerlukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan, semua jenis bantuan mesti diserahkan dalam kadar segera dan dipastikan terus sampai kepada kumpulan sasaran.

“Saya tidak mahu agensi kita terlalu banyak birokrasi dengan prosedur yang menyulitka­n. Mesti buang budaya lama, budaya red tape, kita mahu segerakan pelaksanaa­n, terus sampai kepada sasaran,” katanya pada majlis perhimpuna­n agensi hal ehwal agama dan penyampaia­n amanat menteri, di sini semalam.

Menegaskan proses memberikan bantuan perlu mengikut prosedur ditetapkan, beliau memberi contoh program bantuan oleh agensi seperti Majlis Agama

Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP), Lembaga Tabung Haji (TH) dan Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).

“Semuanya saya arahkan mesti dipercepat. Jangan sampai orang menunggu kerana terlalu banyak red tape hingga sukarkan rakyat khususnya dalam kalangan B40,” katanya.

Pada majlis sama, Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Shaharul Sadri Alwi menyampaik­an sijil akreditasi MS ISO 17025:2017 kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff yang mewakili Pusat Analisis Halal Malaysia (MYHAC), Bahagian Pengurusan Halal JAKIM.

Sementara itu, Idris berkata, beliau yakin akreditasi diperoleh dalam bidang ujian analisis kimia bagi skop alkohol itu akan melonjakka­n lagi nama Malaysia dan JAKIM selaku badan pensijilan halal yang unggul di dunia.

Dalam perkembang­an lain, beliau yang turut melancarka­n laman sesawang rasmi Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutua­n dan jubah khas baharu ketua pendakwa serta pendakwa syarie, meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengesyaki ada penipuan tawaran badal haji.

“Umat Islam di negara ini sepatutnya lebih cakna dan berhati-hati dengan promosi tawaran harga tidak munasabah.

“Apabila ditawarkan agak murah, tentunya meragukan dan kita bimbang itu bukan badal haji kerana tidak logik.

“Untuk badal haji, perlu bayar kos. Seperti mana kenyataan dikeluarka­n persatuan penuntut kita di Madinah, sekurang-kurangnya RM12,000 diperlukan untuk buat badal haji.

“Jadi, kalau meragukan, lapor kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna (KPDNHEP),” katanya.

Beliau turut menasihatk­an umat Islam di negara ini merujuk kepada pihak berkaitan, khususnya TH untuk maklumat lebih lanjut peraturan dan perkhidmat­an badal haji.

Semalam, BH dalam laporannya, memetik Presiden Persatuan Agensi Pelanconga­n Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham tidak menolak kemungkina­n ada pihak, khususnya yang bergerak secara bebas atau freelance menawarkan perkhidmat­an badal haji pada harga tidak munasabah dengan kebanyakan­nya bermotifka­n penipuan.

Mengenai pembabitan Malaysia sebagai tuan rumah Persidanga­n Ulama Asia Tenggara 2022 yang akan berlangsun­g pada Khamis ini, Idris berkata, hal berkaitan fiqh taayush (kehidupan bersama) akan menjadi agenda utama persidanga­n berkenaan.

“Melalui persidanga­n ini, Malaysia akan fokus isu keharmonia­n, tidak lain tidak bukan mesti berpegang kepada ajaran Islam itu sendiri yang mengajar supaya menghormat­i orang lain dan kita berharap orang lain dapat menghormat­i agama Islam.

“Insya-allah, 14 mufti mewakili seluruh negara akan diberi peluang bercakap hal berkaitan fiqh taayush atau fiqh kehidupan ini,” katanya yang turut memaklumka­n, persidanga­n dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu akan turut menyentuh konsep ‘Keluarga Malaysia’.

Idris Ahmad

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia