Berita Harian

Perhalusi Akta Insolvensi sesuaikan keadaan semasa

- Oleh Alzahrin Alias

Ada pihak tiada pilihan melainkan berhutang penuhi keperluan zahrin@bh.com.my

Kuala Lumpur: Cadangan untuk memperhalu­si Akta Insolvensi 1967 bagi mengelak lebih ramai muflis, tepat pada masanya berikutan paras hutang isi rumah yang tinggi berpunca daripada keperluan untuk meneruskan kelangsung­an hidup.

Penganalis­is Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata rakyat tiada pilihan kecuali terpaksa berhutang untuk meneruskan kehidupan yang akhirnya membawa kepada kebankrapa­n apabila gagal melunaskan­nya.

“Tekanan disebabkan faktor persekitar­an semasa dan sudah sampai masanya Akta Insolvensi 1967 dikaji semula,” katanya kepada BH.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelmarin mengumumka­n bahawa undang-undang itu menjadi perhatiann­ya selepas dimaklumka­n 60 peratus individu muflis di negara ini terdiri daripada belia, hasil Laporan Pantauan Ekonomi oleh Bank Dunia.

Perkembang­an itu berlaku walaupun kerajaan pernah menaikkan nilai ambang daripada RM50,000 kepada RM100,000 yang berkuat kuasa sehingga 31 Ogos tahun lalu.

Pada 27 September 2021, Perdana Menteri mengesahka­n di Parlimen bahawa 10,317 individu diisytihar muflis dan 1,246 perniagaan gulung tikar sepanjang Mac 2020 hingga Julai tahun lalu.

Namun, berdasarka­n perangkaan sehingga 31 Disember 2021 yang dikeluarka­n Jabatan Insolvensi, 289,766 kes sedang ditadbir, iaitu dalam proses kebankrapa­n.

Irwan Shah berkata, Malaysia perlu mencontohi tindakan diambil beberapa negara seperti Amerika Syarikat (AS) untuk menguruska­n rakyat yang mempunyai paras hutang tinggi dengan memberi peluang kedua kepada mereka yang terjebak masalah berkenaan.

“Ketika ini, kita tahu ramai, terutama anak muda yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 selepas pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang agak lama. Ini diburukkan lagi dengan masalah stagflasi yang melanda, ditambah kos sara hidup serta makanan dan keperluan asas yang melonjak.

“Jadi, secara dasarnya ini bukan salah rakyat untuk berhutang dan kenapa mereka perlu dihukum? Kenaikan inflasi dan kos sara hidup yang begitu tinggi bukan salah mereka. Jadi, kerajaan perlu bantu, bukannya menghukum,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia, Prof Dr Laily Paim, berkata mengikut rekod kebankrapa­n, ia banyak berlaku disebabkan penggunaan kad kredit, khususnya dalam golongan muda.

Beliau mencadangk­an bank institusi pemberi pinjaman lebih tegas dengan memperketa­tkan syarat meluluskan kad kredit serta pinjaman peribadi.

Beliau berkata, kesedaran, pengetahua­n dan kemahiran berkaitan pengurusan kewangan dalam kalangan pengguna perlu ditingkatk­an melalui kaedah pendidikan kepengguna­an yang berkesan.

“Pengguna sendiri perlu memainkan peranan utama dengan mengamalka­n gaya hidup sederhana mengikut kemampuan,” katanya.

Penganalis­is Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, bagaimanap­un berpandang­an penangguha­n tindakan mahkamah atau menaikkan ambang muflis tidak akan membantu, malah menjadikan isu bankrap dalam kalangan generasi muda lebih teruk.

“Kerajaan sepatutnya berbincang dengan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) untuk mewujudkan alternatif pembiayaan kepada rakyat supaya tidak bergantung kepada bank dan kadar

Penganalis­is Ekonomi UUM

Keratan akhbar BH, semalam.

Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia

Bank institusi pemberi pinjaman disyor lebih tegas dengan memperketa­tkan syarat meluluskan kad kredit.

faedah yang tinggi.

“Contoh pembiayaan yang boleh diperkenal­kan ialah pinjaman berbentuk Qardhul Hassan untuk pembiayaan peribadi, pembiayaan kereta berasaskan langganan bulanan, pembelian rumah melalui musyarakah mutanaqisa­h dan menggalakk­an guna kad debit serta meletak syarat yang ketat untuk memiliki kad kredit,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia