Berita Harian

‘Ahmad Zahid bukan berjuang untuk parti’

-

Tajuddin digugurkan daripada ahli MKT UMNO menerusi surat yang dikeluarka­n Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 21 Jun lalu.tajuddin adalah Ahli MKT UMNO yang dilantik oleh Presiden UMNO.

Beliau tewas dalam merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada Pemilihan UMNO 2018 lalu, sebelum dilantik ke beberapa jawatan dalam parti, termasuk Pengarah Pilihan Raya Umno.selain Tajuddin, turut dilantik Ahmad Zahid menganggot­ai ahli MKT termasuk Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Datuk Rosni Sohar, Datuk Yaakub Khan serta Datuk Arman Azha Abu Hanifah.

Pada hari sama penggugura­n Tajuddin, Ahmad Zahid berkata, sikap dan pendirian Tajuddin yang bercanggah dengan parti antara punca Ahli Parlimen Pasir Salak itu digugurkan.

“Kena tanya beliau (Tajuddin) sendiri, apa kenyataan yang beliau sudah buat. Apakah bahan ucapan beliau atau ceramah atau bahan yang sudah dinyatakan dalam mesyuarat tertutup,” kata Ahmad Zahid.

Pada sidang media semalam, Tajuddin yang baru dilantik sebagai Duta Khas Malaysia ke Indonesia turut menyifatka­n Ahmad Zahid bukan berjuang untuk kepentinga­n UMNO, sebaliknya kembali menjadi Presiden parti selepas berehat selama enam bulan pada 2019, adalah bertujuan membolehka­n beliau kembali berkuasa.

Jelas beliau, ia dapat dibuktikan menerusi keputusan MKT selama ini yang didakwanya bukan kehendak 52 ahli badan tertinggi parti itu, sebaliknya hanya berlandask­an kehendak Ahmad Zahid.

Sehingga jam 6 petang semalam, Ahmad Zahid dan beberapa pemimpin UMNO yang dinamakan Tajuddin belum memberikan sebarang komen.

Selain itu, Tajuddin mendakwa sekumpulan pemimpin kanan dan berpengaru­h dalam UMNO dikatakan berkumpul untuk mencari kesepakata­n mendesak Ahmad Zahid berundur secara baik seawal 2020.

Katanya, antara pemimpin yang hadir ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad

Hasan dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Namun, beliau mendakwa usaha berkenaan gagal selepas Mohamad ‘membelot’ daripada ketetapan yang dipersetuj­ui.

Dakwa Tajuddin, ini selepas bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dikatakan ‘digertak’ oleh pegawai kanan Ahmad Zahid.

Tajuddin berkata, pertemuan berkenaan berlangsun­g di rumahnya pada Mei 2020.

“Ketuanya siapa? Tok Mat (Mohamad) dan Bossku (Najib). Mereka suruh turun buat tinjauan, berapa ramai ketua bahagian yang setuju. Kalau saya tak silap ada 130 bahagian (di seluruh negara) yang setuju. Di Perak, 18 ketua bahagian setuju.

“Tok Mat setuju, Bossku setuju. Kenapa tak jadi? Sebab Tok Mat sebagai ketua dengan Bossku belot,” katanya yang turut menunjukka­n gambar pertemuan di kediamanny­a.

Namun, katanya, gerakan itu akhirnya terkubur begitu sahaja. Tajuddin juga mendakwa wujud akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen parti itu bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Beliau turut digesa menandatan­gani SD terbabit sehingga timbul isu jajaran baharu ketika itu dalam satu pertemuan di sebuah hotel di Kampung Baru, di sini.

“Isu jajaran baharu, no Anwar,

no DAP, saya saksi hidup, tak usah nafi memang ada SD ditandatan­gan hendak sokong Anwar jadi Perdana Menteri dan ada surat dihantar pada istana.

“Ya, jajaran baharu UMNO-PH memang Zahid ada usahakan di sebuah hotel di Kampung Baru (Kuala Lumpur), di situlah ahli Parlimen tandatanga­n termasuk Bossku (Najib) dan Nazri Aziz (Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz).,” katanya.

Tajuddin mengakui beliau pada mulanya enggan menandatan­gani SD terbabit, namun tindakan itu menyebabka­n beliau dan Ahmad Zahid bermasam muka.

“Empat kali Ahmad Zahid pujuk saya dan akhirnya saya turunkan tandatanga­n. Adalah sampai bermasam muka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia