Berita Harian

Jumlah kes import catat kenaikan

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Penularan COVID-19

Jangkitan baharu, kemasukan pesakit ke hospital turut meningkat

Putrajaya: Jumlah kes import, iaitu pesakit COVID-19 yang mendapat jangkitan dari luar negara meningkat sebanyak 67.3 kali ganda pada Minggu Epidemiolo­gi (ME) ke-25/2022.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pada minggu sebelumnya, jumlah kes import hanya mencatatka­n lapan kes, bagaimanap­un jumlah itu terus meningkat pada ME 25/2022 dengan 538 kes.

Katanya, selain kes import jumlah penularan kes baharu dan kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital turut meningkat pada ME 25/2022 atau sepanjang tempoh 19 Jun hingga Sabtu lalu.

“Bilangan kes baharu bagi ME 25/2022 meningkat sebanyak 10.9 peratus bersamaan 15,739 kes berbanding minggu sebelumnya yang mencatatka­n 14,195 kes, manakala jumlah kes tempatan meningkat sebanyak 7.1 peratus, iaitu daripada 14,187 kes kepada 15,201 kes.

“Purata kes aktif setiap hari bagi ME 25/2022 adalah 26,946, iaitu terdapat peningkata­n sebanyak 12.1 peratus berbanding minggu sebelumnya. Bagaimanap­un, bilangan kes sembuh turut meningkat, iaitu sebanyak 33.8 peratus (10,524 kes kepada 14,078 kes),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, bagi jumlah kes kematian membabitka­n pesakit COVID-19, ia menunjukka­n penurunan 38.1 peratus, iaitu daripada 21 kes pada

Ketua Pengarah Kesihatan minggu sebelumnya dan 13 kes pada ME 25/2022.

Mengenai jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan, termasuk Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) awam, beliau berkata, bagi setiap 100,000 penduduk, ia meningkat sebanyak 11 peratus ME 25/2022.

“Selain itu, jumlah pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 28 peratus. Pesakit kategori 1 dan 2 meningkat sebanyak 14 peratus manakala pesakit kategori 3, 4, dan 5, meningkat sebanyak 45 peratus.

“Bagaimanap­un, penggunaan katil bukan kritikal, katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan katil di PKRC tiada perubahan. Namun, jumlah pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.1 peratus,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukka­n trend peningkata­n.

“Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 22.0 peratus, bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 16.5 peratus dan bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital meningkat sebanyak 18.9 peratus,” katanya.

Mengenai pesakit jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) membabitka­n kes COVID-19, Dr Noor Hisham memaklumka­n, hasil survelan di seluruh negara menunjukka­n berlaku penurunan.

“Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 dalam trend statik sebanyak 6.0 peratus pada ME 25/2022 berbanding ME 24/2022 dan kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 pada ME 25/2022 menunjukka­n trend menurun daripada 4.4 peratus pada ME 24/2022 kepada 0.0 peratus pada ME 25/2022,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia