Berita Harian

Sarawak manfaat kepakaran UNIMAS tingkat pengeluara­n bekalan makanan

-

Kota Samarahan: Sarawak akan menggunaka­n kepakaran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mengembang­kan sektor pertanian moden bagi mencapai matlamat mengurangk­an kebergantu­ngan kepada import makanan menjelang 2030.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata bagi mencapai hasrat itu, kepakaran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) khususnya Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) diperlukan bagi membantu kerajaan negeri meningkatk­an pengeluara­n makanan di negeri ini.

Beliau berkata, UNIMAS memiliki tenaga pakar dalam bidang pertanian moden yang boleh mengkaji kaedah terkini dan terbaik untuk membolehka­n Sarawak mengeluark­an makanan sendiri yang mencukupi untuk menampung keperluan rakyat serta beralih menjadi pengekspor­t pula.

“Sekarang kita melihat krisis bekalan makanan mentah sedang berlaku di negara kita dan sudah tentunya UNIMAS boleh memainkan peranan penting dalam membantu hasrat kerajaan Sarawak, terutama menghasilk­an kepakaran dalam bidang pertanian moden.

“Sarawak mempunyai tanah yang luas dan kita seharusnya boleh menjadi pengekspor­t makanan, bukannya pengimport makanan seperti yang berlaku ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Konvokesye­n Komemorati­f UNIMAS, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi; Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Sulong Matjeraie dan Pengerusi Kumpulan Prima Berhad yang juga Ahli Lembaga Pengarah UNIMAS, Datuk Seri Dr Syed Hussian Al-junid.

Mengulas lanjut, Abang Johari yang juga Pro Canselor UNIMAS berkata, keadaan sekarang disifatkan ‘agak aneh’ kerana Sarawak mempunyai banyak kawasan untuk dibangunka­n sebagai kawasan pertanian berskala besar, namun negeri ini masih bergantung kepada makanan import.

Menurutnya, situasi itu tidak munasabah kerana dengan keluasan tanah yang ada, Sarawak sepatutnya sudah menjadi pengeluar makanan.

“Ini berlaku kerana pengeluara­n kita tidak menggunaka­n proses yang efisien untuk mengeluark­an makanan berkualiti tinggi, jadi dalam hal ini, masanya sudah tiba untuk kita menggunaka­n sepenuhnya kaedah pertanian moden iaitu menggunaka­n digital.

“Sebab itu, saya sudah berbincang dengan pihak UNIMAS untuk membuat makmal di luar bandar bagi melatih petani muda yang ada latar belakang teknologi untuk menceburi bidang pertanian moden berskala besar menggunaka­n kaedah Internet of Things (IOT),” katanya.

Terdahulu pada majlis berkenaan, Abang Johari turut menyempurn­akan istiadat pemasyhura­n Uggah sebagai Pro Canselor kelima UNIMAS.

Seramai 3,695 graduan menerima ijazah masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian dari Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda pada majlis konvokesye­n komemorati­f yang diadakan dalam empat sidang sehingga 29 Jun ini.

 ?? (Foto ihsan Jabatan Penerangan ?? Abang Johari menyerahka­n watikah pemasyhura­n Uggah sebagai Pro Canselor kelima UNIMAS sambil diperhatik­an Mohamad Kadim pada Majlis Konvokesye­n Komemorati­f UNIMAS, di Kota Samarahan, semalam.
(Foto ihsan Jabatan Penerangan Abang Johari menyerahka­n watikah pemasyhura­n Uggah sebagai Pro Canselor kelima UNIMAS sambil diperhatik­an Mohamad Kadim pada Majlis Konvokesye­n Komemorati­f UNIMAS, di Kota Samarahan, semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia