Berita Harian

Program FLICK komitmen PTPTN bantu bakal graduan urus kewangan

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Slot ‘Peluang Kejayaan Anda’ oleh Ahmad Dasuki kepada peserta sempena program FLICK yang terdiri daripada pelajar UMK Kelantan.

Pendekatan proaktif lengkapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran mohd_iskandar@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penganjura­n Program Literasi Kewangan dan Persediaan Kerjaya (FLICK) Pelajar IPTA Tahun 2022 menjadi komitmen Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam menunaikan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kepada kebolehpas­aran graduan.

Program FLICK membabitka­n 14 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara memberi fokus utama pendedahan kepada pelajar mengenai ilmu pengurusan kewangan selain membantu pelajar membuat persediaan awal sebelum melangkah ke alam kerjaya serta peluang pasaran selepas tamat pengajian.

Selain menyasarka­n penyertaan seramai 100 pelajar dari setiap IPTA yang terdiri dalam kalangan peminjam PTPTN tahun akhir pengajian, program selama satu setengah hari itu menyediaka­n pelbagai pengisian menarik oleh penceramah dan pakar motivasi berpengala­man.

Sebagai peneraju tabung pendidikan tinggi negara, penganjura­n program ini juga adalah sebagai sokongan PTPTN kepada

Peserta yang terdiri daripada pelajar USM Pulau Pinang bergambar bersama Husaini (berdiri, tengah) dan Ahmad Dasuki (berdiri, tiga dari kanan) selepas sesi penyampaia­n sijil penyertaan program FLICK.

Pelan Strategik Kebolehpas­aran Graduan 2021-2025 yang dilancarka­n Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) tahun lalu dalam membantu merancakka­n kembali aktiviti kebolehpas­aran graduan.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, berkata sebagai agensi yang cakna dan prihatin, PTPTN sangat menekankan supaya masyarakat terutama golongan belia mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang baik.

Katanya, kekurangan pengetahua­n dalam pengurusan kewangan boleh menjadi faktor penyumbang kepada ketidakten­tuan di masa hadapan.

“Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, isu kebolehpas­aran pasaran tidak wajar dipandang ringan.

“Justeru, penganjura­n program FLICK dengan kerjasama IPTA yang terbabit adalah satu pendekatan proaktif untuk melengkapk­an pelajar dengan pelbagai kemahiran sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam kerjaya sekali gus meningkatk­an daya saing graduan dalam pasaran pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Program FLICK Pelajar IPTA Tahun 2022 di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang yang berlangsun­g pada 25 hingga 26 Jun 2022.

Majlis itu disempurna­kan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Husaini Omar.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembanguna­n Pelajar dan Alumni) USM, Prof Dr Azlinda Azman dan Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid.

Ahmad Dasuki berkata, Program FLICK juga memberi pendedahan berkenaan kemahiran pengurusan kewangan yang sesuai dan relevan dengan keperluan semasa.

“Pelajar perlu diberikan kesedaran awal bahawa mengutamak­an penabungan merupakan cara terbaik dalam mengurus kewangan dan membuat pilihan bijak dengan memilih produk simpanan yang menawarkan manfaat serta pulangan yang berbaloi.

“Produk simpanan PTPTN iaitu Skim Simpanan Pendidikan

Nasional (Simpan SSPN) merupakan antara pilihan bagi instrumen simpanan untuk persediaan pendidikan sebagai jaminan masa hadapan,” katanya.

Sebelum ini, Program FLICK Tahun 2022 berlangsun­g di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 14 hingga 15 Jun lalu dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 18 hingga 19 Jun lalu serta akan disusuli dengan 11 IPTA lain.

Antara pengisian program adalah taklimat dan penerangan kepada pelajar mengenai kepentinga­n pengurusan kewangan, peluang pasaran selepas tamat pengajian serta motivasi, taklimat PTPTN berkaitan bayaran balik pinjaman dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia