Berita Harian

Nenek tekad jaga 3 cucu yatim piatu

- Oleh Rosli Ilham bhnews@bh.com.my

Rahani mahu melihat tiga beradik berjaya dalam ilmu agama, pendidikan

Chukai: “Selagi ada kudrat, saya akan jaga mereka sedaya upaya,” demikian kata Rahani Ismail, nenek kepada tiga beradik yang yatim piatu sekelip mata selepas bapa dan ibu mereka maut kemalangan di Dungun, dekat sini, petang Sabtu lalu.

Rahani, 61, ibu kepada Allahyarha­m Rabiatulad­awiah Saufi, 36, yang maut bersama suami, Mohd Abdika Razali, 36, apabila motosikal berkuasa tinggi Aprilia RSV4 dinaiki mereka merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 69, Jalan Kuala Terengganu-kuantan, dekat Persimpang­an Tanjung Jara.

Katanya, dia sangat sedih kehilangan anak dan menantu yang menyebabka­n tiga cucunya, Mohd

Amirullah Mohd Abdika, 16; Qistina Amalina, 13, dan Qasdina Afiqah, 8, menjadi yatim piatu.

“Saya sentiasa berdoa kepada Tuhan semoga memberi kesihatan yang baik agar dapat menjaga dan melihat cucu membesar dan berjaya dalam pelajaran.

“Saya telah berbincang dengan keluarga menantu untuk sama-sama menjaga tiga cucu kami supaya berjaya,” katanya yang ingin melihat tiga cucunya berjaya dalam ilmu agama dan pendidikan.

Rahani mengakui arwah anak dan menantunya sangat baik, sentiasa mengambil berat dan menyayangi tiga anak mereka.

“Saya sangat sedih tiga cucu ini kehilangan dua insan tersayang dalam dalam sekelip mata ketika masih memerlukan kasih sayang mereka, namun saya reda dengan semua itu,” katanya sentiasa berpesan kepada cucu supaya belajar bersungguh-sungguh, tidak meninggalk­an solat serta menjadi anak yang baik.

Dalam kemalangan kira-kira jam 5 petang berkenaan, Mohd Abdika yang menunggang motosikal dibonceng isterinya merempuh Toyota Innova dipandu lelaki warganegar­a China yang dikatakan secara tiba-tiba keluar dari simpang di situ.

 ?? (Foto Rosli Ilham/bh) ?? Mohd Amirullah bersama dua adiknya, Qistina Amalina dan Qasdina Afiqah akan dijaga nenek.
(Foto Rosli Ilham/bh) Mohd Amirullah bersama dua adiknya, Qistina Amalina dan Qasdina Afiqah akan dijaga nenek.
 ?? ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia