Berita Harian

Jambatan Syed Omar gelap, tiada tembok penghadang

- Oleh Zuliaty Zulkiffli

Keratan akhbar BH, semalam.

Penduduk gesa laluan ditambah baik elak tragedi berulang bhnews@bh.com.my

Baling: Laluan Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-baling dianggap berbahaya oleh pengguna jalan raya.

Penduduk Pantai Cicar mendakwa keadaan jalan yang tidak mempunyai lampu dan tembok di tepi jambatan itu menyebabka­n kemalangan kerap berlaku.

Peniaga kedai makan, Nazri Md Noor, 42, berkata kemalangan yang menyebabka­n tiga beranak maut, masih menghantui penduduk di kawasan itu.

Katanya, beliau berniaga kedai makan kira-kira 100 meter dari jambatan itu sudah tiga kali ternampak kenderaan terbabas ke dalam sungai, termasuk sebuah bas pekerja dua tahun lalu.

“Tepi jambatan tiada penghadang. Jika ada kenderaan terbabas, pemandu akan terus terjunam ke dalam sungai.

“Sungai Muda ini dalam kerana menjadi kawasan tadahan air serta mengalir terus sehingga ke laut,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Nazri berkata, dalam kejadian Sabtu lalu, dia berada di kedainya sebelum melihat orang ramai berhenti berdekatan jambatan.

“Kami memang tidak menyangka mangsa yang terkorban tiga beranak kerana selama ini pemandu kenderaan sempat menyelamat­kan diri,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Khairul Ahmad Shukri, 25, berkata penduduk di kawasan itu berharap ada tembok penghadang dipasang di tepi sungai berkenaan, bagi mengelakka­n kejadian sama berulang.

Katanya, laluan itu gelap pada waktu malam kerana tiada lampu

Nazri menunjukka­n lokasi Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-baling yang dianggap berbahaya kerana tidak mempunyai tembok penghadang.

di kawasan jambatan.

“Ini laluan utama penduduk Pulau Cicar kalau hendak ke Sungai Petani atau Baling. Sudah tentu banyak kenderaan melalui kawasan ini.

“Saya harap pihak berkuasa dapat melakukan penambahba­ikan di kawasan ini bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

Khairul berkata, biasanya kemalangan yang berlaku di kawasan jambatan itu membabitka­n kereta atau kenderaan berat yang terbabas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superinten­dan Shamsudin Mamat ketika dihubungi berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan berlaku.

Beliau berkata, laluan Jalan Sungai Petani-baling itu bukan laluan utama, sebaliknya ia hanya jalan kampung untuk penduduk ke Sungai Petani atau Baling.

“Memang ada kemalangan berlaku di kawasan itu sebelum ini, tetapi tidak membabitka­n kematian,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, tiga beranak ditemukan lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas, lalu terjunam ke dalam sungai.

 ?? (Foto Zuliaty Zulkiffli/bh) ??
(Foto Zuliaty Zulkiffli/bh)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia