Berita Harian

Pelajar Tingkatan Empat disyaki dibunuh kekasih

- Oleh Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my

Hasil bedah siasat dapati remaja perempuan lemas akibat ditekup bantal

Klang: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat ditemukan mati disyaki dibunuh kekasihnya selepas berselisih faham, di rumah lelaki itu di Kampung Idaman, Pandamaran, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan,

Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.40 pagi berhubung seorang remaja perempuan dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di halaman rumah itu.

“Pada jam 2 pagi semalam (kelmarin), suspek dipercayai membawa mangsa ke bilik di rumahnya, sebelum berlaku perselisih­an faham dan suspek disyaki menyebabka­n kematian mangsa.

“Hasil siasatan juga mendapati suspek disyaki mengangkat mangsa dan membawanya keluar dari bilik hingga ke halaman rumah itu.

“Suspek kemudian dipercayai meminta bantuan ahli keluargany­a.

“Ahli keluarga menelefon polis memaklumka­n mengenai kejadian itu, dan kematian mangsa disahkan pegawai perubatan yang tiba di lokasi berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, di sini, semalam.

Hoong Fong berkata, hasil pemeriksaa­n awal pada badan mangsa mendapati ada beberapa kesan calar dan lebam di bahagian muka serta leher.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan pula mendapati punca kematian disebabkan lemas akibat ditekup disyaki menggunaka­n bantal. Bantal itu dijadikan barang bukti kes,” katanya.

Beliau berkata, mangsa berumur 16 tahun itu adalah pelajar sekolah di Lembah Klang, manakala suspek berusia 24 tahun dan tidak bekerja.

“Suspek dipercayai berkenalan dengan mangsa selama setahun dan hubungan mereka diketahui keluarga, malah suspek dikata- kan sudah beberapa kali mem- bawa mangsa ke rumah itu.

“Bagaimanap­un ketika kejadian, ibu bapa serta abang suspek dikatakan sedang tidur serta tidak mendengar bunyi bising, dan hanya dikejutkan oleh suspek selepas kejadian berkenaan,” katanya.

Katanya, suspek yang tiada rekod lampau kini ditahan reman hingga 3 Julai depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang ada maklumat berkaitan kejadian itu diminta menyalurka­nnya terus kepada IPD Klang Selatan melalui talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampira­n,” katanya.

 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ?? Hoong Fong menunjukka­n barang kes pada sidang media di IPD Klang Selatan, Klang, semalam.
(Foto Faiz Anuar/bh) Hoong Fong menunjukka­n barang kes pada sidang media di IPD Klang Selatan, Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia