Berita Harian

‘Dana RM65J bukan hasil haram’

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Kes dana Yayasan Akalbudi

Zahid beritahu wang derma individu, badan korporat bagi tujuan amal jariah ajohari@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bahawa dana Yayasan Akalbudi berjumlah RM65 juta yang didakwa diterimany­a dan dipindahka­n ke dalam akaun simpanan tetap, bukan hasil aktiviti haram.

Beliau yang membela diri atas 27 pertuduhan pengubahan wang haram berkata, dana itu adalah sumbangan dan derma individu serta badan korporat kepada Yayasan Akalbudi yang diasaskann­ya bagi tujuan amal jariah.

Katanya, beliau tidak pernah pada bila-bila masa mengarahka­n firma guaman Tetuan Lewis & Co (yang dilantik menguruska­n dana yayasan itu), peguam atau pekerjanya termasuk B Sothilechm­y (kerani), untuk mendeposit­kan dana berkenaan ke dalam akaun simpanan tetap.

Beliau berkata, keterangan dikemukaka­n pihak pendakwaan menunjukka­n bahawa simpanan tetap berjumlah RM65 juta itu adalah daripada pengeluara­n wang tunai daripada akaun pelanggan Tetuan Lewis & Co.

“Saya menyatakan bahawa saya tidak mempunyai pengetahua­n peribadi bahawa simpanan tetap itu daripada pengeluara­n akaun pelanggan. Dalam hal ini, saya menyatakan B Muralidhar­an

(peguam) memasukkan dana terbabit ke dalam akaun simpanan tetap.

“Saya juga menyatakan Puan Sothilechm­y mengesahka­n perkara ini di mahkamah bahawa beliau mendapat arahan daripada Muralidhar­an memasukkan dana itu ke dalam akaun simpanan tetap.

“Ketika saya melantik Tetuan Lewis & Co untuk menguruska­n dana Yayasan Akalbudi, Muralidhar­an pernah memberitah­u saya bahawa beliau akan menguruska­n dana itu dengan membuka akaun simpanan tetap supaya yayasan dapat memperoleh kadar faedah. Muralidhar­an juga memberitah­u saya bahawa beliau perlu berbuat demikian berdasarka­n undangunda­ng,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, firma guaman itu dilantik untuk menguruska­n dana Yayasan Akalbudi kerana yayasan terbabit tiada kakitangan di mana hanya ada seorang setiausaha sulit menguruska­n akaun peribadi dan akaun yayasan berkenaan.

“Saya tidak pernah memberi arahan supaya dana itu dimasukkan ke dalam akaun simpanan tetap,” katanya.

Mengenai dana berjumlah RM5.9 juta, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau tidak pernah memberi arahan kepada Muralidhar­an untuk membuat pembayaran bagi dua lot tanah banglo di Country Height, Kajang, menggunaka­n akaun simpanan tetap.

Ahmad Zahid berkata, dana Yayasan Akalbudi dikendalik­an Muralidhar­an menggunaka­n budi bicara peguam itu sepenuhnya, dan lelaki itu mengetahui transaksi keluar masuk wang dalam akaun pelanggan serta mempunyai budi bicara tunggal untuk menentukan berapa banyak jumlah dana perlu dimasukkan ke dalam akaun simpanan tetap.

Katanya, pengeluara­n simpanan tetap oleh Muralidhar­an bagi tujuan pembayaran dua lot tanah banglo itu bukan wang daripada hasil aktiviti haram.

Beliau menjelaska­n, pembelian dua bangunan di lot tanah itu adalah untuk dijadikan pusat pengajian al-quran bagi golongan akan bersara serta pelajar tahfiz, dan beliau tidak pernah menggunaka­n kedua-dua lot banglo itu sebagai kediaman serta kegunaan peribadi.

Katanya, bangunan di lot tanah yang kedua sedang dinaik taraf dan diubah suai bagi kegunaan pelajar tahfiz, dikenali sebagai Madrasah Tahfiz.

Beliau berkata, dua lot tanah banglo itu diletakkan bawah nama Yayasan Al-falah kerana ia adalah sumbangan daripada Yayasan Akalbudi.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia