Berita Harian

MBPP lancar operasi tebang pokok kelapa ancam keselamata­n

- Oleh Siti Aminah Mohd Yusof bhnews@bh.com.my

Langkah beri keyakinan kepada pengguna guna Jalan Teluk Kumbar

Bayan Lepas: Operasi menebang sebanyak 19 pokok kelapa yang dikenal pasti berisiko mengancam keselamata­n pengguna jalan di Jalan Teluk Kumbar mula dilaksanak­an petang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz, berkata kerja menebang pokok kelapa berkenaan membabitka­n 15 petugas Majlis

Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) serta dua jentera angkat atau skylift bermula jam 2.45 petang.

“Bermula dengan 11 pokok yang kita kenal pasti pagi tadi (semalam) sudah meningkat kepada 19 pokok setakat ini dan mungkin juga bilanganny­a boleh bertambah lagi dengan radius pemerhatia­n kami sejauh lebih 1 kilometer.

“Kami berharap urusan menebang semua pokok itu selesai lewat petang ini (semalam) bagi memberi keyakinan kepada pengguna untuk menggunaka­n jalan itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tinjauan mendapati operasi menebang semua pokok terbabit agak mencabar kerana ia membabitka­n laluan yang agak sibuk menghubung­kan Teluk Kumbar dan Balik Pulau dengan satu lorong jalan terpaksa ditutup sehingga menyebabka­n kesesakan di jalan terbabit.

Azrul Mahathir berkata, kesemua pokok kelapa dari Jalan Teluk Kumbar hingga Jalan Sungai Batu terbabit berada di atas tanah milik MBPP yang dijadikan rizab jalan, selain tanah milik persendiri­an.

Katanya, buat masa ini pihaknya tidak menerima bantahan pemilik pokok berkenaan dan kebanyakan pokok kelapa terbabit hanya dibiarkan tanpa dijaga rapi atau dikutip hasil oleh pemiliknya.

Kelmarin, tular satu rakaman video berdurasi 28 saat yang menunjukka­n sebiji buah kelapa menimpa pembonceng motosikal yang melalui Jalan Teluk Kumbar menyebabka­n mangsa mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Pulau Pinang.

 ?? (Foto Mikail ONG/BH) ?? Petugas MBPP penebangan pokok kelapa di Jalan Teluk Kumbar, Pulau Pinang, semalam.
(Foto Mikail ONG/BH) Petugas MBPP penebangan pokok kelapa di Jalan Teluk Kumbar, Pulau Pinang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia