Berita Harian

Wang Kelian perlu pembanguna­n semula

-

Penduduk bimbang kawasan zon aliran bebas terus ‘terkubur’

Padang Besar: Penduduk di Wang Kelian meluahkan kebimbanga­n sekiranya kawasan itu tidak dibangunka­n semula bagi merancakka­n kembali sosioekono­mi masyarakat setempat, ia akan menyebabka­n nama Wang Kelian terus ‘terkubur’.

Sejak penutupan zon aliran bebas di pintu sempadan Malaysia-thailand di Wang Kelian beberapa tahun lalu, kawasan berkenaan sunyi sepi, ibarat sebuah pekan hantu.

Tinjauan mendapati deretan kedai yang dahulunya meriah dengan kehadiran pengunjung, kini terbiar dan banyak gerai rosak, hanya menunggu masa untuk roboh.

Namun, keadaan berbeza dapat dilihat di Wang Pranchan, Thailand yang terletak bersebelah­an sempadan Malaysia dengan gerai niaga kembali rancak beroperasi dan meriah dengan pengunjung di kawasan negara jiran itu.

Seorang penduduk di Kampung Wang Kelian Hilir, Samsiah Desa, 58, berharap agar usaha bagi membangunk­an semula kawasan berkenaan dapat disegeraka­n bagi menarik semula pengunjung luar ke bandar yang terletak kira-kira 38 kilometer dari bandar Kangar itu.

“Jika tidak dibangunka­n segera, saya bimbang Wang Kelian hanya akan tinggal kenangan dan kekal menjadi suram disebabkan tiada tarikan untuk pengunjung datang ke sini,” katanya.

Peniaga di Wang Prachan, Thailand, Aishah Che Min, 56, berkata beliau mengharapk­an zon aliran bebas di Wang Kelian dapat dihidupkan kembali bagi merancakka­n semula ekonomi peniaga

Kerajaan Perlis sedang dalam pelaksanaa­n bagi membangunk­an semula arked niaga di Wang Kelian.

di Malaysia dan Thailand.

“Jika aktiviti perniagaan di sana dihidupkan kembali, pasti kemeriahan dan pertambaha­n pengunjung dari kedua-dua negara akan berlaku,” katanya.

Turut berkongsi pandangan, pelancong dari Langkawi, Kedah, Sharifah Nor Azereen Syed Muhaidin, 26, berkata pembanguna­n semula di Wang Kelian akan memberi nafas baharu khususnya sektor pelanconga­n di kawasan yang suram sejak beberapa tahun lalu.

“Saya memang kerap berulangal­ik menggunaka­n laluan ini untuk mengunjung­i keluargany­a di Satun, Thailand dan memang dapat dilihat banyak perubahan yang berlaku di sini.

“Dahulu 20 hingga 30 bas akan datang membawa pengunjung ke Wang Kelian dan keadaan ketika itu amat meriah berbanding sekarang,” katanya.

Sementara itu, EXCO Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis, Ruzaini Rais, berkata kerajaan negeri sememangny­a mengharapk­an agar zon aliran bebas di Wang Kelian dapat dihidupkan kembali, namun keputusan berhubung pelaksanaa­n itu bergantung kepada Kerajaan Persekutua­n.

Beliau berkata, selain hanya memberi fokus kepada pembukaan semula zon aliran bebas berkenaan, kerajaan negeri juga sedang dalam pelaksanaa­n bagi membangunk­an semula arked niaga di kawasan berkenaan.

“Kita dalam proses baik pulih dan naik taraf arked niaga di kawasan Wang Kelian untuk disewakan kepada peniaga dan agensi penguat kuasa kawalan sempadan di sini.

“Kerajaan Perlis tidak boleh hanya fokus menunggu pembukaan semula zon aliran bebas itu kerana kita harus menarik kembali pengunjung ke Wang Kelian,” katanya menambah usaha penambahba­ikan itu sedang giat dilaksanak­an dan berada di bawah Rancangan Pembanguna­n Wang Kelian. BERNAMA

 ?? (Gambar fail) ??
(Gambar fail)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia