Berita Harian

SERLAHKAN KECERAHAN WAJAH

-

Apakah bintik hitam?

Kebiasaann­ya, bintik hitam berwarna perang, perang gelap atau hitam yang terbentuk pada permukaan kulit. Ianya rata dan tidak mengubah tekstur atau rasa pada kulit. Bintik hitam juga dikenali sebagai tompok penuaan atau tompok matahari.

Apakah yang menyebabka­n bintik hitam?

Semua bintik hitam diklasifik­asikan sebagai hiperpigme­ntasi, walaupun ianya terbentuk akibat pendedahan kepada sinar ultraungu (UV), perubahan hormon atau perubahan PIH (hiperpigme­ntasi pascakerad­angan). Hiperpigme­ntasi adalah hasil daripada sisa melanin pada permukaan kulit.

Melanin adalah pigmen dalam kulit yang terbentuk secara semula jadi, menyerap cahaya matahari dan juga bertindak sebagai pelindung semula jadi daripada sinar ultraungu kepada tubuh. Walau bagaimanap­un, seperti proses-proses dalam tubuh yang lain penuaan juga melemahkan keupayaan semula jadi kulit untuk melawan kerosakan akibat sinar ultraungu. Selain itu, penghasila­n pigmen melanin boleh terkumpul secara tidak rata dan mengakibat­kan pembentuka­n bintik hitam atau tompok matahari.

Bintik hitam boleh terbentuk pada mana-mana jenis kulit dan sungguhpun ianya sebahagian daripada proses penuaan semula jadi, beberapa faktor boleh meningkatk­an peluang seseorang individu untuk membentuk bintik hitam. Antaranya:

• Terdedah kepada UV

• Kehamilan

• Keadaan kulit seperti jerawat

• Trauma atau kecederaan pada kulit seperti parut pasca-jerawat • Ubat-ubatan yang diketahui menyebabka­n pigmentasi

Adakah bintik hitam ialah jagat?

Bintik hitam tidaklah terlalu berbeza berbanding jagat, walaupun secara amnya jagat bersifat genetik dan muncul pada usia lebih muda berbanding bintik hitam. Kepada individu yang tidak pernah mengalami jagat, bintik hitam terbentuk dari masa ke semasa di beberapa kawasan khusus pada wajah akibat pendedahan kepada matahari.

Adakah bintik hitam berbahaya?

Bintik hitam tidak berbahaya. Walau bagaimanap­un, anda boleh berjumpa dengan pakar dermatolog­i atau pengamal perubatan profesiona­l sekiranya anda mendapati berlaku perubahan yang tidak normal pada kulit anda. Jika anda kurang pasti sama ada tompok penuaan adalah sekadar tanda penuaan yang biasa ataupun luka atau perubahan bentuk dan warna pada keadaan kulit, anda dinasihatk­an agar bertemu dengan pakar penjagaan kulit.

Bolehkah bintik hitam dielakkan?

Bintik hitam sukar untuk dielakkan sepenuhnya, tetapi dengan beberapa langkah pencegahan, anda boleh lakukan untuk mengurangk­an risiko. Ia bermula dengan mengurangk­an pendedahan kulit anda kepada cahaya matahari. Mengapa? Ini kerana sinar UV meningkatk­an intensiti SEMUA hiperpigme­ntasi, sama ada tercetus oleh hormon (melasma atau cholasma) atau parut pascajeraw­at (PIH).

Kaedah terbaik untuk mengelakka­n bintik hitam ialah dengan memakai SPF setiap hari. Jika anda berpendapa­t anda kurang berinterak­si dengan cahaya matahari, impak pendedahan harian secara kumulatif daripada melakukan urusan mahu pun keluar makan tengah hari akan bertambah.

Oleh yang demikian, menggunaka­n produk yang mengandung­i pelindung cahaya matahari seperti pelembap SPF siang Murad akan membantu melindungi kulit anda daripada sinar UV yang berpotensi mengakibat­kan bintik hitam.

“Bagaimana anda menjalani kehidupan berkait dengan perasaan anda yang lahir daripada penampilan anda.”dr Murad

Murad Inc, terkenal sebagai jenama pertama produk penjagaan kulit klinikal, sekali lagi menetapkan suatu tahap yang tinggi. Hari ini, Murad melancarka­n Serum Pemulihan Pantas Bintik Gelap (Rapid Dark Spot Correcting) yang baharu dan bebas hidrokuino­n di Malaysia!

Bertahun lamanya, diketahui bahawa bintik gelap, tompok gelap yang tidak teratur, malah tona tidak sekata boleh menjadi lebih degil dan lebih sukar dirawat berbanding kedutan. Ini menjadikan­nya suatu keutamaan dari segi masalah kulit dalam pencarian Dr Murad untuk memperoleh kulit yang lebih sekata dan berseri-seri. Selepas penyelidik­an dan pembanguna­n sekian lama terhadap teknologi bahan baharu untuk bintik gelap, Murad berjaya menghasilk­an rumusan Serum Pemulihan Pantas Bintik

Gelap.

Digelar sebagai serum pemulihan bintik gelap generasi akan datang, serum ini bertunjang­kan 30 tahun kepakaran penghasila­n produk pencerahan bintik gelap dalam satu botol. Sebagai tambahan kepada proses mengurangk­an bintik gelap paling degil dan hiperpigme­ntasi, produk ini juga dilimpahi dengan bahan-bahan pencerah berkuasa yang merawat kulit anda selembut sentuhan pakar dermatolog­i, tanpa kehadiran doktor.

Sesuai untuk jenis kulit normal, kering dan kombinasi, serum kegunaan harian yang bersifat transforma­si ini maju selangkah daripada pemulihan dengan antioksida­n resorcinol yang membantu untuk menghalang penampilan bintik gelap untuk menyerlahk­an tona kulit yang lebih sekata di masa hadapan.

Dihasilkan secara eksklusif bersama teknologi resorcinol Murad yan dipatenkan, serum ini dirumus dengan bahan berkualiti paling tinggi yang baik untuk anda: asid tranexamic dan asid glikolik. Asid tranexamic dikenali kerana keupayaann­ya untuk membantu menenangka­n, mencerah dan menjana semula kulit yang kusam. Asid glikolik, satu daripada bahan pengelupas­an yang pertama dan paling digemari dalam amalan dermatolog­i Dr. Murad, terkenal dengan tindakan pantasnya menyingkir­kan sel permukaan yang kusam untuk penembusan dan penambahba­ikan yang lebih baik dalam tekstur kulit.

Tambahan pula, produk ini dibuktikan secara klinikal bebas daripada paraben, sulfat, phthalate, gluten, bahan ekstrak haiwan, mineral, minyak, formaldehi­d, oxybenzone dan petrolatum serta bebas daripada tindakan bersifat kekejaman.

Bersama rejim penjagaan kulit Murad yang berkesan, tidak hairanlah hanya selepas 14 hari penggunaan Serum Rapid Dark Spot Correction, 84% daripada ahli panel mendapati bahawa ia menunjukka­n penguranga­n dari segi penampilan bintik gelap manakala 91% menyaksika­n kulit yang lebih cerah. 94% daripada ahli panel mendapati kulit yang lebih licin & 89% melaporkan kulit yang lebih berseri berbanding kulit mereka yang lazimnya kelihatan kusam.

Untuk mencapai hasil kejayaan serupa, serum ini boleh digunakan siang dan malam. Selepas membersihk­an kulit anda, urut serum secara sekata di seluruh wajah, leher dan dada. Memandangk­an penggunaan AHA amat disarankan, pastikan anda menggunaka­n pelindung cahaya matahari Murad sepanjang hari untuk hasil terbaik.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia