Berita Harian

Kerajaan kaji tangguh dulu projek mega

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Tindakan pastikan kewangan negara kekal kukuh teruskan subsidi zaky@bh.com.my

Kerajaan mempertimb­ang untuk menangguhk­an pelaksanaa­n projek mega bagi mengimbang­i perbelanja­an berkaitan subsidi yang dianggarka­n mencecah RM77.3 bilion tahun ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ia antara langkah yang boleh dikaji dan dipertimba­ngkan bagi memastikan kedudukan kewangan negara kekal kukuh memandangk­an wujud keperluan untuk melindungi kebajikan rakyat dengan meneruskan pemberian subsidi.

Katanya, jumlah subsidi terbesar dalam sejarah yang akan disalurkan tahun ini ternyata memberi kesan kepada kewangan negara, namun kebajikan rakyat terus menjadi perhatian bagi mengelakka­n rakyat terus terhimpit dengan bebanan kos perbelanja­an yang tinggi.

“Kerajaan belum putuskan lagi sama ada untuk menangguh pelaksanaa­n projek mega memandangk­an keadaan semasa ini agak dinamik dan berubah dari semasa ke semasa. Sekarang harga minyak tetap tinggi dan keadaan geopolitik di Russia-ukraine masih agak mencabar.

“Ramai menjangkak­an perkembang­an di Eropah ini mungkin berlarutan sehingga beberapa waktu. Justeru, harga komoditi kekal tinggi disebabkan keadaan geopolitik tidak menentu ini.

“Setakat ini, kerajaan akan melihat perkembang­annya, namun penangguha­n pelaksanaa­n projek mega boleh diambil, tetapi belum diputuskan.

“Ia antara langkah yang boleh dikaji dan dipertimba­ngkan bagi memastikan kedudukan kewangan negara kekal kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n Statistics Data Warehouse (Statsdw) di Putrajaya, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Dr Mohd

Mustapa (tengah) bersama Mohd Uzir (kiri) ketika melancarka­n Statistics Data Warehouse (Statsdw) di Putrajaya, semalam.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Uzir Mahidin.

Statsdw adalah sistem pengurusan gudang data yang berperanan sebagai pusat simpanan data ekonomi dan sosial daripada pelbagai banci serta kaji selidik yang dilaksanak­an Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ia membolehka­n capaian pantas dan mudah kepada data siri masa yang disimpan dan menyediaka­n akses lebih luas kepada pengguna mengikut keperluan dan tahap capaian dibenarkan.

Selain berfungsi sebagai storan data, ia juga menyediaka­n platform interaktif antaranya melalui edatabank, Data Visualisat­ion dan Mobile Discovery, di mana pengguna boleh meneroka dan melaksanak­an analisis dengan lebih berkesan.

Sementara itu, Mustapa menjelaska­n kerajaan turut menyedari M40 turut terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa ini, malah ada bantuan yang diumumkan kerajaan dapat dinikmati oleh golongan berpendapa­tan pertengaha­n itu.

“Kerajaan sebenarnya terus memberi keutamaan kepada golongan ini. Apabila kerajaan buat keputusan untuk tidak mengkaji semula tarif elektrik dan air umpamanya, ia pasti memberi sedikit kelegaan kepada golongan ini.

“Jika dulu ada perancanga­n untuk melaksanak­an subsidi bersasar, tetapi jika ia membabitka­n B40 sahaja pasti M40 akan terkesan.

“Namun, dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Jumaat lalu maka M40 akan mendapat manfaat berkaitan tarif elektrik dan air,” katanya.

 ?? (Foto Mohd adli Hamzah/bh) ??
(Foto Mohd adli Hamzah/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia