Berita Harian

OPR mungkin dinaikkan seawal bulan depan

-

Ambank Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan meningkatk­an kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas (bps) pada mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) Julai ini dan mengunjurk­an peningkata­n inflasi turut berlaku.

Kenaikan 50 mata asas akan menjadikan OPR kepada 2.50 peratus, selepas kenaikan 25 bps dibuat oleh BNM bulan lalu.

Firma penyelidik­an itu menjangkak­an inflasi keseluruha­n negara antara 2.8 hingga 3 peratus tahun ini.

Inflasi keseluruha­n pada Mei 2022 berada pada 2.8 peratus tahun ke tahun, menjadikan purata inflasi sepanjang tahun kepada 2.4 peratus tahun ke tahun.

“Dengan purata lima bulan pertama pada 2.4 peratus untuk mencapai sasaran kami jangkakan sebanyak 2.8 ke 3 peratus, purata tujuh bulan berikutnya harus berlegar antara 3 hingga 3.5 peratus, ia dilihat sama dengan sasaran kami,” katanya.

Ambank berkata, walaupun harga siling semasa untuk keseluruha­n ayam standard ditetapkan pada RM8.90 sekilogram, harga purata untuk ayam pada bulan ini ialah RM9.70 sekilogram.

“Ini memberi petunjuk penjual menjual melebihi harga siling sebanyak 9 peratus, ia pasti akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung ke atas keseluruha­n inflasi terhadap isi rumah,” katanya.

“Kerajaan memutuskan untuk tidak menghapusk­an harga siling ayam, tetapi memperkena­lkan harga siling baharu.

“Kami berharap dengan memperkena­lkan semula harga siling baharu untuk ayam, penjual dapat menampung harga baharu ini tanpa menjejaska­n aliran tunai mereka dan memberi kurang tekanan secara langsung dan tidak langsung terhadap kos sara hidup isi rumah,” katanya.

Ambank Research menjangkak­an harga siling baharu sedikit sebanyak mencermink­an harga pasaran sebenar semasa untuk ayam antara RM10 hingga RM12 sekilogram.

Selain itu, ia berkata, penghapusa­n harga siling telur dan subsidi minyak masak sawit memberi impak minimum ke atas keseluruha­n indeks harga pengguna (IHP) kerana telur serta minyak hanya menyumbang 0.9 peratus daripada keseluruha­n bakul IHP.

Bank Negara Malaysia dijangka akan meningkatk­an kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas.

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia