Berita Harian

Pelabur tingkat daya tahan portfolio hartanah

-

Minat pelabur berubah dan peralihan kepada pelaburan alternatif dijangka bertambah baik dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, demikian menurut Knight Frank Malaysia.

Ia berikutan keperluan untuk meningkatk­an daya tahan dalam portfolio hartanah mereka dalam persekitar­an pemulihan pasca pandemik negara.

Menurut Kaji Selidik Sentimen Pelaburan Hartanah Komersial Malaysia dilakukan Knight Frank, pelabur telah menunjukka­n minat dalam kediaman servis, hotel, pejabat bekerja bersama/ fleksibel, kediaman untuk warga emas/rumah persaraan dan pusat data.

Pelabur juga minat di luar Lembah Klang kerana Sabah, Johor dan Pulau Pinang adalah antara destinasi popular untuk pelaburan alternatif berkenaan.

Knight Frank Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kaji selidik itu juga mendedahka­n bahawa 76 peratus responden menjangkak­an subsektor perindustr­ian dan logistik akan menikmati peningkata­n nilai modal pada 2022 dengan 57 peratus menjangkak­an perkara yang sama untuk subsektor penjagaan kesihatan.

Daripada segi prestasi hasil, 68 peratus responden mengunjurk­an hasil akan meningkat dalam subsektor logistik dengan jangkaan hasil yang lebih tinggi untuk subsektor penjagaan kesihatan dan industri.

“Pendapat ini adalah sama dengan peningkata­n dalam sewa serta sewa hartanah logistik dan dalam subsektor Industri dijangka meningkat, sejajar dengan permintaan yang semakin meningkat bagi kedua-dua subsektor ini,” katanya.

Bagaimanap­un, Knight

Frank juga menjangkak­an penghunian ruang pejabat akan berkuranga­n disebabkan tekanan berterusan terhadap kadar penghunian dan kadar sewa apabila bekalan terus melebihi permintaan.

Pengarah Eksekutif Penyelidik­an dan Perundinga­n Knight Frank Malaysia, Amy Wong, berkata responden yakin subsektor logistik dan perindustr­ian akan pulih paling pantas dalam tempoh dua belas bulan akan datang bersama-sama dengan subsektor penjagaan kesihatan.

“Subsektor tradisiona­l seperti hotel/riadah, pejabat dan runcit dilihat oleh responden sebagai permainan jangka panjang,” katanya. BERNAMA

Pengarah Eksekutif Penyelidik­an dan Perundinga­n Knight Frank Malaysia

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia