Berita Harian

Pertama Digital rintis bank neo di Malaysia

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Kerjasama dengan sebuah bank tempatan diputuskan suku keempat tahun ini hazwanfais­al@bh.com.my

Pertama Digital Bhd merancang untuk menubuhkan bank neo pertama di Malaysia menerusi perkongsia­nnya dengan sebuah bank di Malaysia.

Bank neo menawarkan perkhidmat­an perbankan digital sepenuhnya dan tiada kehadiran fizikal, kebiasaann­ya dikendalik­an menerusi perkongsia­n dengan bank tradisiona­l dan memberi tumpuan kepada pasaran lebih khusus.

Berbeza dengan bank digital, bank neo tidak perlu mempunyai lesen perbankan kerana boleh menggunaka­n lesen perbankan daripada rakan kongsi.

Pengarah Strategi Pertama Digital, Saify Akhtar, berkata pengumuman mengenai kerjasama antara pihaknya dengan sebuah bank tempatan itu akan dibuat pada suku keempat tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya ma sih mengadakan perbincang­an dengan lima bank tempatan sebelum memuktamad­kan untuk memilih sebuah bank sebagai rakan kongsi.

“Proses menubuhkan bank neo ini dijangka mengambil masa 12 bulan dan kami jangka ia mula beroperasi pada akhir tahun depan.

“Penubuhan bank digital dijangka membabitka­n pelaburan sekitar RM500 juta untuk tempoh tiga tahun. Namun, bagi penubuhan bank neo, ia dijangka membabitka­n sekitar 20 peratus daripada jumlah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir Pengerusi

(Dari kiri) Pengarah Eksekutif Pertama Digital, Sabri Ab Rahman, Zaki dan Saify selepas Mesyuarat Agung Tahunan di Kuala Lumpur, semalam.

Pertama Digital, Tun Zaki Azmi.

Sementara itu, Zaki berkata, Pertama Digital sedang meninjau peluang lebih besar dalam ruang pendigital­an kerajaan dan enterpris dengan rancangan mengembang­kan lagi penawarann­ya di lebih banyak lokasi dan menyediaka­n perkhidmat­an kepada orang awam dengan lebih meluas.

Katanya, teknologi mudah alih dan digital telah berkembang pada kadar memberangs­angkan, manakala penyepadua­n penyelesai­an teknologi maklumat (IT) oleh agensi kerajaan dan enterpris di seluruh negara telah memperoleh momentum yang ketara.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia