Berita Harian

Southern Cable sasar tembusi AS

-

Pengeluar kabel dan wayar, Southern Cable Group Bhd berhasrat untuk menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS) dalam separuh kedua tahun ini, selain meraih sumbangan hasil lebih tinggi daripada pasaran luar negara bagi tahun kewangan 2022.

Pengarah Urusannya, Tung Eng Hai, berkata permintaan serantau bagi kabel dan wayar juga kembali meningkat seiring dengan aktiviti ekonomi.

Syarikat itu mencatat pertumbuha­n eksport bagi tempoh tiga suku berturut-turut sejak pertengaha­n 2021 yang mencecah RM7.2 juta pada suku pertama tahun kewangan 2022 berikutan peningkata­n jualan kabel dan wayar tenaga ke Myanmar dan Singapura.

Eng Hai berkata, syarikat itu juga sedang menjalanka­n peringkat akhir pengujian dan penilaian XHHW-2 atau kabel industri politilena silang kalis air dan tahan haba tinggi untuk pelanggan di AS bagi kegunaan bangunan kediaman, komersial serta perindustr­ian.

“Kami telah menyerahka­n produk percubaan kepada pelanggan pada bulan ini. Jika tiada sebarang perkara di luar jangkaan, kami berharap dapat memeterai perjanjian pengedaran dalam separuh kedua tahun kewangan 2022,” katanya.

Beliau turut menyifatka­n pasaran AS menawarkan potensi pertumbuha­n yang besar apabila semakin ramai penggiat memilih untuk mendapatka­n sumber dari Asia Tenggara dan menjadi sebahagian daripada strategi pempelbaga­ian mereka susulan langkah sekatan pergerakan China membendung COVID-19 serta ketidakten­tuan berkaitan perang dagangan.

Malah, Southern Cable juga menerima banyak pertanyaan daripada pengedar AS sejak pertengaha­n 2020 dan telah mengambil langkah wajar untuk memenuhi keperluan mereka.

“Apabila projek rintis itu selesai, kami akan menjadikan­nya sebagai langkah permulaan ke arah usaha pengedaran lebih banyak, selain dapat menjana sumbangan lebih besar pada masa depan,” katanya.

Pengarah Urusan Southern Cable Group Bhd

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia