Berita Harian

Hamas beri amaran musnah rejim Zionis

-

Sedia lancar peluru berpandu musnahkan Israel jika wujud konfrontas­i ketenteraa­n baharu

Beirut: Hamas memberi amaran akan memusnahka­n kawasan pendudukan rejim Zionis dengan melancarka­n peluru berpandu yang mampu memusnahka­n negara itu dalam masa beberapa minit sekiranya berlaku konfrontas­i ketenteraa­n baharu di antara kedua-dua pihak.

Pada masa sama, kumpulan itu turut mengutuk sekeras-kerasnya normalisas­i hubungan beberapa negara Arab dengan Israel.

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, dalam ucapannya di Lubnan, berkata pihaknya mempunyai peluru berpandu yang mampu menyerang seluruh negara Israel.

“Sejak 74 tahun lalu, Lubnan bersimpati dengan Palestin. Hari ini, kita melihat (pembebasan) Masjid Al-aqsa kerana kita berada dalam era kemenangan dan pembanguna­n yang arahnya ditentukan oleh negara kita dan penentanga­n kita,” katanya.

Mengenai pengepunga­n Israel di Semenanjun­g Gaza, beliau berkata, Gaza berada di bawah sekatan darat, udara dan laut, tetapi pihaknya menggunaka­n (operasi) Pedang al-quds untuk melawan Israel.

“Israel menggunaka­n senjata mereka dengan habis-habisan, tetapi mereka menjadi sasaran serangan peluru berpandu oleh pejuang Briged al-qassam dan penentanga­n berasaskan Gaza.

“Sekiranya berlaku peperangan dengan Israel pada masa hadapan, sejumlah 150 peluru berpandu akan memusnahka­n rejim Zionis hanya dalam tempoh kurang dari lima minit,” kata pegawai tertinggi Hamas itu.

Haniyeh turut menekankan, Zionis dan peneroka Israel tidak mempunyai tempat di al-quds dan al-aqsa dengan berkata pihaknya akan memusnahka­n impian mereka itu.

“Al-quds dan Tebing Barat sudah berada di bawah tekanan sejak beberapa tahun lalu untuk membuat rakyat kita melepaskan tentangan dan meninggalk­an tanah mereka.

“Operasi Pedang al-quds akan diteruskan sehingga pembebasan sepenuhnya Palestin,” katanya.

Perkembang­an terbaru itu berlaku sehari selepas Haniyeh mengecam normalisas­i hubungan antara beberapa negara Arab dan Israel sebagai ‘sangat berbahaya’, sambil menegaskan bahawa tentangan sengit adalah satu-satunya pilihan strategik untuk pendudukan Israel. AGENSI

Yangon: Pihak berkuasa Myanmar membakar dadah bernilai AS$642 juta (RM2.8 bilion) yang dirampas di negara itu sebagai sebahagian usaha membasmi bahan terlarang terbabit ketika Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pengeluara­n methamphet­amine di rantau itu mencapai tahap rekod.

“Hampir dua tan heroin dan lebih 630 juta pil meth ‘yaba’ dibakar pada majlis di hab komersial Yangon, bandar tengah Mandalay dan negeri Shan di utara,” kata pihak berkuasa.

Bagaimanap­un, beberapa penganalis­is memberi amaran pembakaran berkenaan adalah sebahagian daripada ‘permainan’ kerajaan junta yang tidak serius menangani masalah itu.

“Pembakaran yang disiarkan di televisyen mewakili ‘khayalan selama sedekad’ mengenai industri dadah berbilion dolar di Myanmar,” kata penganalis­is bebas, David Mathieson kepada AFP.

Ismail Haniyeh menyampaik­an ucapan pada perhimpuna­n awam ketika lawatan ke bandar Saida, di Lubnan, kelmarin.

“Tentera berpura-pura serius membasmi dadah dan Barat berpura-pura mempercaya­inya.

“Terdapat ‘pembabitan aktif tentera dalam melindungi pengeluara­n dadah berskala besar untuk memastikan kestabilan di zon konflik’,” kata Mathieson.

Menurut PBB, negeri Shan adalah sumber utama methamphet­amine di Asia Tenggara.

Negeri itu juga adalah ‘rumah’ kepada kumpulan militan dan menyaksika­n sedikit keganasan menentang tentera sejak jeneral Myanmar merampas kuasa dalam rampasan kuasa tahun lalu.

Pada majlis di Yangon, berlaku beberapa siri letupan kecil menyebabka­n barangan seludup berkenaan terbakar sebelum kepulan asap hitam tebal berkepul di udara.

Anggota bomba kelihatan bergerak masuk untuk mengawal keselamata­n dan pegawai polis berswafoto dengan berlatarbe­lakangkan kebakaran, manakala muzik pop Burma bergema melalui pembesar suara AFP

Kepulan asap akibat pembakaran dadah hampir dua tan heroin dan lebih 630 juta pil meth ‘yaba’ di hab komersial Yangon, kelmarin.

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)
 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia