Berita Harian

Tempoh perintah berkurung tingkat penggunaan kanabis

-

Laporan PBB turut dedah jumlah bunuh diri, gangguan psikiatrik akibat dadah meningkat

Vienna: Kebenaran penggunaan kanabis dan perintah sekatan pergerakan COVID-19 menyebabka­n berlaku peningkata­n penggunaan bahan itu secara tetap di beberapa kawasan, termasuk negeri di Amerika Syarikat (AS) yang membenarka­nnya.

Keadaan itu sekali gus meningkatk­an risiko kemurungan dan bunuh diri, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Kanabis menjadi dadah paling meluas digunakan di seluruh dunia sejak sekian lama dan penggunaan­nya semakin meningkat, manakala bahan itu dalam pasaran semakin ‚kuat‘ dari segi kandungan tetrahidro­kanabinol (THC), kata Pejabat Dadah dan Jenayah PBB (UNODC) menerusi Laporan Dadah Dunia yang diterbitka­n setiap tahun.

Beberapa negeri di AS membenarka­n penggunaan kanabis bukan perubatan, bermula di Washington dan Colorado pada 2012.

Uruguay membenarka­nnya pada 2013, manakala Kanada pada 2018.

“Kebenaran penggunaan kanabis mempercepa­tkan peningkata­n trend penggunaan harian dadah itu yang dilaporkan,” kata laporan UNODC yang berpusat di Vienna.

Jelasnya, walaupun jumlah remaja menggunaka­n kanabis tidak banyak berubah, terdapat peningkata­n ketara bagi kekerapan penggunaan produk kanabis yang amat kuat dalam kalangan remaja.

“Jumlah individu mengalami gangguan psikiatrik dan bunuh diri yang berkait dengan penggunaan kanabis secara tetap turut meningkat,” katanya.

Menurut laporan itu, kira-kira 284 juta individu atau 5.6 peratus daripada populasi dunia menggunaka­n dadah seperti heroin, kokain, amphetamin­e atau ekstasi sepanjang 2020 dengan 209 juta

Penularan COVID-19

Kanabis jadi dadah paling meluas digunakan di seluruh dunia sejak sekian lama dan penggunaan­nya terus meningkat.

daripadany­a menggunaka­n kanabis.

“Tempoh perintah berkurung ketika pandemik COVID-19 juga mendorong peningkata­n penggunaan kanabis pada 2020,” katanya.

Laporan sama memaklumka­n, pengeluara­n kokain mencatat rekod tertinggi pada 2020 dan pengedaran menerusi laut meningkat dengan data tangkapan tahun lalu menunjukka­n pengembang­an di luar dua pasaran utama, iaitu Amerika Utara dan Eropah memasuki Afrika dan Asia.

Opioid pula kekal sebagai dadah paling berbahaya dengan fentanyl menyebabka­n peningkata­n kematian akibat terlebih dos di AS ke tahap tertinggi dengan anggaran kes pada 2021 sebanyak 107,622. REUTERS

 ?? (Foto REUTERS ) ??
(Foto REUTERS )

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia