Berita Harian

Moscow serang Kyiv ketika sidang G7 bermula

-

Konflik Russia-ukraine

Negara industri digesa bertindak balas terhadap Russia, tambah bekalan senjata kepada Ukraine

Kyiv: Serangan Russia mengenai sebuah bangunan kediaman di Kyiv kelmarin, serangan pertamanya di ibu negara Ukraine dalam tempoh tiga minggu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko memaklumka­n insiden itu mengorbank­an seorang lelaki, manakala empat individu lain, termasuk kanak-kanak perempuan maut dan di bawa ke hospital.

Bagaimanap­un, Russia menafikan menyerang sasaran awam.

Terdahulu, negara itu memaklumka­n menyerang tiga pusat tentera di utara dan barat Ukraine, termasuk satu sasaran berhampira­n sempadan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah (EU), Poland.

Serangan berprofil tinggi itu berlaku ketika diplomasi Barat selama seminggu bermula menerusi sidang G7 di Jerman, yang akan disusuli mesyuarat pemimpin NATO di Sepanyol.

Sekutu termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang mengutuk serangan di Kyiv sebagai ‘barbarisme’, dijangka membuat penilaian menyeluruh mengenai sokongan

Kelihatan asap berkepul selepas sebuah bangunan dibedil tentera Russia di Kyiv.

mereka kepada Ukraine serta sekatan yang dikenakan terhadap Moscow.

Biden berkata, langkah NATO dan G7 bertentang­an dengan hasrat Presiden Russia, Vladimir Putin yang berharap Barat akan ‘berpecah’ dan berikrar akan kekal bersatu dalam menyokong Ukraine.

Canselor Jerman, Olaf Scholz, menegaskan kumpulan negara industri perlu ‘berkongsi tanggungja­wab’ berdepan kesan peperangan itu.

Sidang G7 bermula kelmarin dengan pengumuman larangan import emas Russia, namun Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba menggesa lebih banyak tindakan dilaksanak­an.

“Sidang G7 perlu bertindak balas dengan mengenakan lebih banyak sekatan terhadap Russia dan menghantar lebih banyak senjata api berat ke Ukraine.

“Imperialis­me Russia mesti ditumpaska­n,” katanya.

Zelensky turut mengulangi desakan penghantar­an lebih banyak senjata dan sistem pertahanan udara ke Ukraine, selain sekatan baharu dikenakan oleh G7 terhadap Russia.

“Rakan sekutu perlu bertindak lebih pantas jika mereka benar-benar sekutu kita dan bukan sekadar pemerhati. Sebarang sekatan sebenarnya hanya mengundang Russia untuk terus menyerang,” katanya.

Sementara itu, Putin akan melawat dua bekas negara Soviet di Asia tengah minggu ini yang bakal menjadi lawatan pertamanya ke luar negara selepas melancarka­n penceroboh­an Ukraine.

Koresponde­n Kremlin bagi stesen televisyen Rossiya 1, Pavel Zarubin melaporkan, Putin akan melawat Tajikistan dan Turkmenist­an, sebelum bertemu Presiden Indonesia, Joko Widodo di Moscow.

Di Dushanbe, Putin akan bertemu Presiden Tajikistan, Imomali Rakhmon yang juga sekutu rapat Russia serta pemimpin paling lama memerintah di bekas negara Soviet.

Di Ashgabat, Presiden Russia itu akan menghadiri persidanga­n negara Caspian yang bakal dihadiri pemimpin Azerbaijan, Kazakhstan, Iran dan Turkmenist­an, lapor Zarubin. AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia