Berita Harian

NASA lancar roket dari Australia selepas 27 tahun

-

Canberra: Sebuah roket milik Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) dilancarka­n dari Australia buat kali pertama sejak tempoh 27 tahun, lapor Xinhua.

Roket suborbital itu dilancarka­n dari Pusat Angkasa Arnhem di Wilayah Utara (NT) awal pagi semalam selepas pelancaran­nya ditangguh akibat hujan dan angin kencang, menurut The Australian Broadcasti­ng Corporatio­n.

Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat itu sebelum ini pernah melancarka­n roket dari Australia pada 1995 dan ia adalah pelancaran pertama dari landasan pelancar komersial di negara asing.

Roket berkenaan mengembara kira-kira 300 kilometer ke angkasa untuk menjalanka­n kajian astrofizik di Hemisfera Selatan, menurut NASA.

Ketua Menteri NT, Natasha

Fyles menyifatka­n acara itu sebagai ‘saat yang amat membanggak­an’ bagi Australia.

Pusat Angkasa Arnhem yang dimiliki dan dikendalik­an Equatorial Launch Australia (ELA) menyasarka­n untuk menganjurk­an 50 pelancaran setahun menjelang 2024.

Pelancaran roket seterusnya dijadualka­n pada 4 Julai.

BERNAMA

Gambar menunjukka­n roket milik NASA dilancarka­n dari Pusat Angkasa Arnhem, di Australia.

 ?? (Foto AP) ??
(Foto AP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia