Berita Harian

Rujuk waris sebelum penggambar­an

- Oleh Zaidi Mohamad

Filem Mat Kilau Kebangkita­n Pahlawan

Barisan pelakon filem Mat Kilau Kebangkita­n Pahlawan pada malam gala di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, barubaru ini.

Penerbit pertahan kesahihan fakta dalam karya angkat pejuang Melayu zaidim@bh.com.my

Umpama pepatah ‘rumah siap pahat berbunyi’, filem pecah panggung, Mat Kilau Kebangkita­n Pahlawan yang dilaporkan mengaut RM11 juta selepas empat hari ditayangka­n di Malaysia, Singapura dan Brunei, tidak terlepas kritikan di sebalik sambutan hangat pencinta filem tempatan.

Sebaik poster dan treler filem arahan Syamsul Yusof itu dipromosik­an hingga tular, kedengaran suara menghentam dan membantah tayangan filem yang mengangkat kisah pahlawan tersohor, Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau lakonan Datuk Adi Putra ini.

Tidak kurang juga yang membanding­kan kualiti filem Mat

Kilau Kebangkita­n Pahlawan dengan karya Hollywood, selain mempersend­a nilai produksi dan kesalahan dalam penggunaan props serta dialog filem ini.

Malah, poster yang menampakka­n sebilah keris diselit di pinggang watak Haji Muhammad lakonan Datuk Jalaluddin Hassan dikritik sebuah persatuan budaya dan adat yang mendakwa senjata itu berasal dari Jawa, bukan Tanah Melayu.

Menjawab kritikan itu, penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali, berkata filem Mat Kilau Kebangkita­n Pahlawan dibikin dengan merujuk kepada waris Allahyarha­m Mat Kilau bagi mendapatka­n maklumat dan kesahihan peristiwa serta maklumat lain mengenai pahlawan negara itu.

“Kami jumpa waris Mat Kilau, Dr Baharin Ibrahim yang bukan calang-calang orang. Beliau memiliki ijazah doktor falsafah (PHD) dalam bidang sukan dan pernah menjadi hakim pertanding­an silat antarabang­sa.

“Malah, penulis skrip bertemu Tan Sri Sallehuddi­n Mohammed yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Penasihat Persatuan Indera Gajah Pahang bagi menyokong pembikinan filem ini.

“Kami mengangkat nama baik arwah. Saya yakin keturunan Mat Kilau bersyukur kami mengangkat ketokohann­ya dan ramai yang sedekah al-fatihah kepada arwah,” katanya kepada HIP.

Mengenai isu keris, Abdul Rahman tidak melatah, sebaliknya, menjelaska­n keris sebagai senjata simbolik umat Melayu Nusantara.

“Kalau kaji genetik sama sahaja, tiada isu pun. Ini juga sedikit silap di mana mungkin terlepas pandang.

“Hakikatnya, filem Hollywood pun ada cacat cela. Masing-masing ada pendapat berbeza dalam hal ini,” katanya ditemui pada malam gala filem Mat Kilau Kebangkita­n Pahlawan di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Abdul Rahman menambah, filem berkenaan dibikin atas tujuan memberi hiburan bermanfaat.

“Jadi, masalah kecil berbangkit (seperti isu keris) tidak jadi masalah,” katanya.

Abdul Rahman bersyukur selepas 15 tahun, usaha menghasilk­an filem yang membangkit­kan rasa cinta kepada tanah air tercapai dan mendapat sambutan baik penonton.

Malah, kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada malam gala filem berkenaan di Petaling Jaya, barubaru ini membuktika­n hasil kerja anak tempatan mendapat perhatian pelbagai pihak.

“Saya sangat menghargai dan mengucapka­n terima kasih Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kerana menyokong dan membantu menjayakan projek filem ini dari awal lagi sehingga akhir.

“Kehadiran Pengerusi FINAS, Senator Datuk Seri Zurainah Musa dan Ketua Eksekutif (CEO) FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim membuktika­n komitmen agensi itu dalam memajukan industri perfileman negara.

“Filem yang baik boleh menjadi medium pembanguna­n dan mampu mengharumk­an nama negara.

“Dalam hal ini, Studio Kembara sedia membantu mengangkat agenda nasional pada masa akan datang dengan penghasila­n produk yang mengambil nilai rakyat Malaysia,” katanya.

Abdul Rahman berkata, pemilihan Mat Kilau sebagai tokoh yang diangkat kisahnya ke layar perak dianggap tepat.

“Mat Kilau menampilka­n contoh sifat kelelakian yang sentiasa diperlukan setiap zaman kerana berpegang kuat kepada agama, budaya Melayu, berakhlak baik, cintakan tanah air, berani dan sedia berkorban.

“Arwah (Mat Kilau) tokoh negara yang diiktiraf. Kehebatan dan sejarah perjuangan­nya tidak boleh dipertikai­kan. Malah, ada dokumentar­i British yang membuktika­n kekuasaan dan kebangkita­nnya,” katanya.

Bagaimanap­un, Abdul Rahman berkata, tidak semua perkara dapat diceritaka­n dalam filem berkenaan.

 ?? (Foto Hazreen Mohamad/bh) ??
(Foto Hazreen Mohamad/bh)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia