Berita Harian

Kutip RM11J dalam empat hari bukti filem kita hebat

-

Filem Mat Kilau Kebangkita­n Pahlawan terus meledak apabila meraih kutipan RM11 juta dalam tempoh empat hari ditayangka­n di pawagam, sejak Khamis lalu, berdasarka­n maklumat terkini diperoleh penerbit.

Sebelum ini, filem terbitan Studio Kembara arahan Syamsul Yusof itu dilaporkan mencipta rekod sebagai filem epik tempatan pertama mengutip RM1 juta pada hari pertama tayangan.

Diikuti pada hari kedua, filem Mat Kilau Kebangkita­n Pahlawan meraih kutipan RM1.8 juta dan hari ketiga menghampir­i RM3 juta.

Mendapat reaksi Syamsul, anak pemilik empayar Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof

Haslam ini bangga apabila filem Mat Kilau Kebangkita­n Pahlawan mengetepik­an filem luar negara termasuk Hollywood.

“Ini petanda rezeki daripada Allah, selain kerja keras yang sudah ditunjukka­n semua pelakon dan pasukan penerbitan sepanjang proses penggambar­an.

“Kita juga hebat dan mampu bersaing dengan filem Hollywood lain. Kita mampu bersaing dengan orang lain dalam apa juga bidang.

“Mat Kilau bukan saja pecah rekod pembukaan hari pertama malah mengetepik­an filem Hollywood lain yang sedang ditayangka­n di negara kita.

“Malah melihat komen positif mereka yang sudah menontonny­a, saya amat terharu,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman tidak menyangka filem kebanggaan­nya itu terus mencipta fenomena.

“Kami bersyukur kepada Allah atas sambutan hangat diterima secara berterusan terhadap filem ini. Angka kutipan itu juga diambil kira membabitka­n pawagam di Singapura dan Brunei.

“Angka tepat kutipan dijangka bertambah lagi membabitka­n semua pawagam dalam negara dan di dua negara terbabit,”

Syamsul Yusof katanya.

Abdul Rahman berkata, kejayaan dicapai tidak lengkap tanpa sokongan jitu penonton yang terus membanjiri pawagam.

“Kami terharu atas kepercayaa­n ini. Ia membakar semangat kami untuk terus menghasilk­an karya yang terbaik pada masa mendatang,” katanya.

Abdul Rahman menambah, kutipan jualan tiket hari pertama sudah cukup memberi bererti kepada pihaknya.

“Inikan pula angka RM7 juta (untuk tempoh tiga hari pertama). Sukar dipercayai, Tetapi Alhamdulil­lah atas nikmat indah ini.

“Perkara ini sangat memberi simbolik kepada kami dan industri seni amnya. Apatah lagi, filem sebegini sarat mesej. Malah dinanti-nantikan sekian lama oleh peminat wayang,” katanya.

Abdul Rahman berkata, pendekatan syarikat produksi menghasilk­an filem berkonsepk­an hiburan bermanfaat diterima baik penonton.

“Kami dimaklumka­n ada penonton yang sudah 50 tahun tidak masuk pawagam, tapi kali ini terpanggil untuk menonton filem yang sarat mesej lagi menghiburk­an,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia