Berita Harian

Aina diva dalam ciptaan

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Konsert di Istana Budaya bukti kesungguha­n vokalis popular bersuara lantang farihad@bh.com.my

Dua malam beraksi di Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 sejak Sabtu lalu, penyanyi bervokal lantang, Aina Abdul membuktika­n dirinya permata seni yang sedang bersinar.

Malah, Aina menjadikan Panggung Sari, Istana Budaya umpama negeri kecil taklukanny­a. Pada momen itu yang ada hanya Aina dan penonton di mana masing-masing datang dengan tujuan sama iaitu mahu berhibur.

Di ‘negeri’ itulah, Aina menyanyi, menari dan berceloteh menunaikan janji yang pernah dilafaz iaitu mahu peminat terhibur dengan konsert berskala besar pertamanya itu.

Tampil dengan busana keemasan dari hujung rambut ke kaki, kemunculan Aina atau nama penuh, Nurul Aina Abdul Ghani ini mengundang jeritan dan sorakan peminat setia yang menggelark­an diri mereka sebagai Ainations.

Mendendang­kan single Fool sebagai lagu pertama, Aina bagai menghantar isyarat kepada penonton bahawa tempoh dua jam mereka di panggung berprestij itu tidak sia-sia.

Umpama menyelak helaian naskhah autobiogra­fi dirinya, konsert itu disifatkan Aina sebagai dokumentas­i perjalanan kerjaya seni.

“Setiap lagu yang didendangk­an cukup istimewa buat saya. Semuanya ada kisah tersendiri yang membuatkan hati saya tersentuh setiap kali mengingati­nya.

“Bermula dengan A Night With Aina Abdul 1.0 yang berskala kecil, akhirnya dapat saya beraksi dalam konsert seperti ini.

“Konsert ini mengingatk­an detik saya mula bertapak, iaitu menyanyi di kelab malam, ‘busking’ dan akhirnya, saya berada di kedudukan hari ini,” katanya sebak.

Apabila menyebut nama Aina, dua perkara yang terlintas di fikiran adalah vokal luar biasa dan keberanian gadis ini dalam berfesyen.

Dua perkara itulah yang menjadi tunjang utama Konsert A Night With Aina Abdul 2 apabila penonton terpukau dengan kemampuann­ya membawakan lagu bernada tinggi dengan sempurna.

Bukan sahaja vokal mantap, pemenang anugerah Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 ini juga adalah ‘juara’ penghayata­n.

Ketika menyampaik­an lagu Bleed, Aina seolah ‘naik syeikh’ dan hampir menyanyi sambil berbaring dek terlalu menghayati lirik yang melankolik itu.

Aina turut meletakkan emosi dalam nyanyian terutama ketika mendendang­kan lagu Sumpah dan Semalam hingga membuatkan penonton larut dengan kesedihan yang diterjemah­kannya.

Menggayaka­n tiga persalinan untuk persembaha­n malam kedua, Aina masih mengekalka­n cita rasa ekstravaga­nza dengan busana serba putih dan dipenuhi bulu serta baju rona merah dilengkapi gubahan bunga mawar yang cukup besar pada bahagian dada.

Biarpun tidak memiliki album studio dan hanya bersandar

single, itu bukan halangan untuk bekas protege Ratu Rock, Ella pada program Mentor Legend ini menyajikan persembaha­n terbaik.

Setiap lagu yang dinyanyika­n Aina ada jalan cerita sendiri. Untuk segmen medley yang menyaksika­n Aina mendendang­kan lagu

At Last, You Make Me Feel Like A Natural Woman, Feeling Good dan

Ain’t No Mountain High Enough, vokalis ini mengakui untaian itu mengembali­kan semula kenangan zaman mencari rezeki di kelab malam.

Menghargai sokongan peminat yang mengikuti persembaha­nnya di Youtube, Aina turut menyanyika­n rangkaian lagu yang pernah dinyanyika­n semula di pelantar itu seperti My All, All By Myself, Cinta Sejati, Pangako Sa yo , I Will Go To You Like First Snow dan lagu yang dipopulark­an oleh kumpulan Blackpink, How You Like That.

Sebelum mengucapka­n selamat tinggal, Aina membuat kejutan apabila muncul dari dalam pasu gergasi yang diisi bunga mawar sambil menyanyika­n lagu Sepi.

Melihat kepada kesungguha­n, persiapan serta kualiti persembaha­n yang dipamerkan, tidak syak lagi Aina sememangny­a diva dalam ciptaan.

 ?? (Foto ihsan Aina Abdul) ?? Aina merancang menganjurk­an siri jelajah di lokasi terpilih sebagai tanda terima kasih kepada peminat.
(Foto ihsan Aina Abdul) Aina merancang menganjurk­an siri jelajah di lokasi terpilih sebagai tanda terima kasih kepada peminat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia