Berita Harian

Senibayan kagum kreativiti Syahmi

-

Bekerjasam­a dalam menghasilk­an filem 35mm, sutradara Senibayan, 60, atau nama sebenar, Ahmad Hashim nampak potensi besar Syahmi Sazli, 27, dalam dunia pengarahan.

Bagi Senibayan, Syahmi mempunyai bakat semula jadi dan peluang menjadi pengarah bersama dalam filem 35mm yang berkonsepk­an time travel itu, menambah rasa kagum terhadap anak muda ini.

“Syahmi mahu kami lari daripada acuan drama spontan yang pernah dihasilkan­nya. Jadi, Syahmi tampil dengan filem pengembara­an berbentuk time travel ini.

“Syahmi yang mencetuska­n idea memaparkan zaman berbeza dalam cerita. Ikhlas saya katakan, bakat Syahmi mengagumka­n. Dia seolah-olah pernah mengikuti pengajian seni filem, namun, Syahmi tiada latar belakang itu.

“Apa yang dimilikiny­a adalah bakat semula jadi. Kemudian Syahmi asuh pelakon, Asif Suhami dan Yoe Parey. Saya lihat keserasian Syahmi dengan Yoe dan Asif, sangat kuat,” katanya kepada HIP.

Karier Syahmi bermula melalui penghasila­n kandungan Youtube sehinggala­h filem arahannya, Mael Totey The Movie mendapat sambutan hangat.

Filem itu meraih kutipan tertinggi bagi filem tempatan yang ditayangka­n pada 2020 dan mendominas­i platform Astro First pada rekod langganan lebih RM7 juta.

Senibayan berkata, idea asal filem 35mm dicetuskan Syahmi.

Melalui karya itu, Syahmi membawa penonton mengimbau evolusi dan budaya masyarakat dari zaman Dinasti China, era jajahan Jepun dan British serta detik kegemilang­an sukan badminton pada1990-an.

Filem ini turut membangkit­kan nostalgia zaman kanak-kanak sebelum terciptany­a gajet dan teknologi canggih.

Bertemu Senibayan pada sesi promosi filem 35mm di ibu negara, baru-baru ini, kali pertama dia bekerjasam­a dengan Syahmi dalam filem Syif Malam Raya.

“Saya banyak menonton kandungan dihasilkan Syahmi di Youtube. Daripada situ, saya merasakan dia boleh pergi jauh kerana kreativiti­nya.

“Melihatkan potensinya, saya spontan pergi ke Kelantan dan melamar Syahmi untuk membintang­i filem Syif Malam Raya. Alhamdulil­lah, dia terima.

“Selepas dapat pengalaman dengan filem, Syahmi kemudian menghasilk­an Mael Totey The Movie,” katanya.

Senibayan turut komitmen Yoe dan Asif biarpun mereka remaja autisme.

“Kalau dibandingk­an penampilan dalam drama spontan, watak mereka dalam filem 35mm ini jauh lebih serius.

Gandingan Asif (dari kiri), Syahmi dan Yoe dalam filem 35mm mencuit hati penonton.

Namun, mereka boleh buat. Contohnya, apabila saya suruh Syahmi buat mereka menangis, Yoe dan Asif menangis secara spontan.

“Syahmi sudah faham bagaimana hendak bekerja dengan mereka. Jadi, tidak sukar tetapi arahan kena diberi secara jelas dan skripnya dibacakan.

“Alhamdulil­lah, keserasian mereka yang kuat memudahkan semua kerja,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia