Berita Harian

United ‘sayang’ Maguire

- Silva rayu Barcelona Minamino sertai Monaco

Ten Hag tolak tawaran Barcelona dapatkan pemain pertahanan sebagai pertukaran untuk De Jong

Manchester: Manchester United menolak tawaran Barcelona untuk mendapatka­n kapten Harry Maguire dalam rundingan membabitka­n Frenkie de Jong.

Barcelona dilaporkan cuba menandatan­gani Maguire sebagai pertukaran untuk De Jong, tetapi pengendali baharu United Erik ten Hag mahu mengekalka­n bek tengah England itu.

De Jong dilihat sebagai sasaran utama Ten Hag dalam jendela perpindaha­n kali ini, pemain yang pernah bersamanya ketika di Ajax.

Barisan tengah United perlu dirombak sepenuhnya dan De Jong dikatakan mampu memberi impak besar dalam memastikan pasukan dapat bergerak sebagai satu unit.

Ten Hag perlu kembali memperkuat nadi pasukannya selepas Nemanja Matic, Paul Pogba, Juan Mata dan Jesse Lingard tidak lagi bersama United musim depan.

Pengendali Barcelona Xavi pula mencari bek tengah baharu selepas Gerard Pique sering dibelenggu kecederaan dan Samuel Umtiti bakal meninggalk­an Camp Nou.

Mereka boleh memanggil Ronald Araujo, Eric Garcia dan Clement Lenglet tetapi corak permainan ‘agresif’ Maguire dilihat menepati falsafah bola sepak Barcelona.

Bagaimanap­un, corak permainann­ya musim lalu sekadar mengundang kritikan peminat di mana United mengharung­i kempen memalukan untuk sekadar berada di tangga keenam Liga

Perdana Inggeris.

Bek tengah berusia 29 tahun itu pernah beraksi untuk Sheffield United dan Hull City, dan menjadi pertahanan termahal dunia ketika berpindah dari Leicester ke United pada 2019.

Dia membuat 144 penampilan untuk United, tetapi masih belum memenangi sebarang kejuaraan, dan prestasiny­a di atas padang sering mendapat kritikan peminat.

Bagaimanap­un, dia dilihat lebih konsisten di pentas antarabang­sa sepanjang 46 penampilan­nya dan masih mendapat kepercayaa­n pengendali England, Gareth Southgate.

Tonggak Manchester City, Bernardo Silva menawarkan dirinya sendiri kepada pihak pengurusan Barcelona dengan menghantar mesej.

Media Sepanyol melaporkan pemain antarabang­sa Portugal itu bercakap dengan pegawai Barcelona sebelum menghantar mesej kepada pihak pengurusan meminta mereka agar mendapatka­nnya.

Pemain tengah itu beraksi luar biasa musim lalu walaupun dibayangi dengan khabar angin mengenai masa depannya pertengaha­n tahun lalu dan ia akan bersambung sebelum pertengaha­n tahun ini.

Kelab Perancis, Monaco dilaporkan sudah menandatan­gani pemain Liverpool, Takumi Minamino dengan bayaran perpindaha­n 15 juta pound (RM81 juta).

Pemain tengah menyerang berusia 27 tahun itu kurang mendapat tempat dalam skuad Jurgen Klopp sejak tiba di Anfield pada 2020.

Dalam tempoh dua tahun setengah bersama Liverpool, dia hanya membuat 53 penampilan, menjaringk­an 14 gol dan melakukan tiga bantuan gol.

Musim lalu, pemain Jepun itu hanya beraksi dalam 11 aksi Liga Perdana Inggeris dan hanya sekali disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama.

 ?? (Foto REUTERS) ?? Maguire menjadi pertahanan termahal dunia ketika berpindah dari Leicester ke United pada 2019.
(Foto REUTERS) Maguire menjadi pertahanan termahal dunia ketika berpindah dari Leicester ke United pada 2019.
 ?? ?? Bernardo Silva
Bernardo Silva
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia