Berita Harian

Gaji Mane RM91.8J setahun

-

Berlin: Sadio Mane dilaporkan menerima gaji 17 juta pound (RM91.8 juta) setahun di Bayern Munich selepas menandatan­gani kontrak sehingga 2025 sekali gus menjadi antara pemain menerima gaji tertinggi.

Bintang Senegal itu bertekad meninggalk­an Liverpool bagi mencari cabaran baharu musim panas ini.

Ejennya Bacary Cisse menafikan Mane kecewa kerana tidak dapat kenaikan gaji di Anfield.

“Ia khabar angin yang tidak berasas. Kami tidak mahu bercakap tentangnya.

“Pemain dengan kualiti seperti Sadio tidak boleh menerima gaji seperti yang diperkatak­an. Jumlah yang tersebar adalah tidak benar.

“Sadio sudah menerima gaji lebih daripada itu ketika dia menyertai Liverpool dari Southampto­n.

“Dia melanjutka­n kontraknya pada 2018 dan gajinya lebih tinggi daripada apa yang tersebar di media.

“Saya rasa Sadio memilih kelab yang tepat pada masa yang betul.

Dia memenangi semuanya di Liverpool.

“Kini tiba masanya untuk dia berdepan cabaran baharu di tempat lain. Projek Bayern amat menarik,” kata Cisse. AGENSI

 ?? ?? Mane muncul pemain menerima gaji tertinggi selepas sertai Bayern.
Mane muncul pemain menerima gaji tertinggi selepas sertai Bayern.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia