Berita Harian

Mora label PJ City skuad liat

- Oleh Rizar Mohd Noor

Jurulatih JDT mahu anak buah teruskan rentak kemenangan

Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim (JDT) bertekad meneruskan rentak kemenangan apabila melayani kunjungan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) pada aksi tertunda Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, malam ini.

Bagaimanap­un, di sebalik keghairaha­n ingin memburu kemenangan, pengendali JDT, Benjamin Mora tetap berwaspada dengan corak permainan skuad kendalian P Maniam.

Mora mengakui lawan yang dibarisi 100 peratus pemain tempatan agak liat untuk ditewaskan kerana mereka sering beraksi dengan corak permainan bertahan dan pantas melakukan serangan balas yang mampu beri tekanan kepada benteng JDT.

“Kami harus bersiap dengan perancanga­n taktikal yang ampuh apabila berdepan PJ City kerana mereka pasukan yang tampil dengan aksi konsisten.

“Kami akan berdepan pasukan yang liat untuk ditewaskan dan apa yang penting kami harus menjalani proses pemulihan pemain selepas beraksi menentang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia