Berita Harian

Pertemuan ibarat langit dan bumi

-

Kekalahan 5-1 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat lalu juga mungkin meletakkan Gergasi Merah dalam situasi terdesak untuk cipta kemenangan bagi menebus kekecewaan penyokong mereka.

Ayam tambatan Selangor, Herlison Caion pasti menjadi sasaran utama untuk dikunci pertahanan Sabah susulan pemain dari Brazil itu memiliki sentuhan penyudah berbisa dan dia kini berada di kedudukan kedua carta penjaring terbanyak dengan meledak sembilan gol.

Adakah Caion bakal berdepan kesukaran untuk meledak kerana berdasarka­n statistik, Sabah memiliki pertahanan yang baik dan menjadi antara tiga pasukan paling sedikit bolos (tujuh gol) dalam liga setakat ini selepas JDT.

Sementara itu, JDT yang juga juara bertahan lapan musim berturut-turut dijangka akan mengukuhka­n cengkaman di kedudukan teratas liga apabila akan melayan kunjungan PJ City di Stadium Sultan Ibrahim.

Jika dibandingk­an JDT dengan PJ City, ia ibarat langit dengan bumi yang mana skuad kendalian P Maniam itu mengharapk­an sepenuhnya kepada kudrat pemain tempatan.

rizar@mediaprima.com.my Selangor, Jumaat lalu.

“Sudah tentu kami mahu mengekalka­n rentak kemenangan dan kemenangan besar menewaskan Selangor 5-1 pasti beri motivasi terbaik buat pemain untuk kekalkan momentum,” katanya.

Pada aksi musim lalu, JDT berjaya menumbangk­an PJ City FC 3-0 hasil jaringan bekas pemain import Gonzalo Cabrera dan dua gol yang dijaringka­n Bergson Da Silva.

Mora juga menegaskan penyerang PJ City, Darren Lok yang tampak semakin meningkat permainann­ya mampu beri ancaman kepada benteng JDT dan pemain itu tidak boleh dibiarkan bebas bergerak.

Dari muka 48

 ?? (Foto ihsan FB JDT) ?? Pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor (kiri) menjalani latihan menjelang aksi menentang PJ City malam ini.
(Foto ihsan FB JDT) Pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor (kiri) menjalani latihan menjelang aksi menentang PJ City malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia