Berita Harian

Sri Pahang masih punyai talian hayat

-

Kuala Lumpur: Pasukan Sri Pahang dianggap masih mempunyai banyak talian hayat untuk memperbaik­i prestasi buruk dan keluar daripada zon penyingkir­an Liga Super.

Pemerhati sukan tempatan, Dr Pekan Ramli, menjelaska­n skuad Tok Gajah perlu menggunaka­n baki 12 perlawanan lagi untuk mengubah nasib mereka daripada berdepan masalah besar tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Beliau yang juga Ketua Seksyen Sukan, Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) berkata, beberapa perkara perlu dilakukan pengurusan kelab dan kakitangan pasukan untuk meningkatk­an prestasi Tok Gajah bermula dari sekarang.

“Saya rasa Sri Pahang masih boleh kekal di Liga Super dan sekarang terlalu awal untuk kita katakan yang mereka mungkin tersingkir ke Liga Perdana.

“Kalau ikut sejarah pun pasukan Pahang memang susah nak turun ke Liga Perdana. Tambahan pula, masih banyak lagi permainan dan banyak masa lagi untuk mereka perbaiki prestasi.

“Cuma berdasarka­n reputasi, tak sepatutnya Pahang hanya menang dua kali daripada 10 perlawanan setakat ini dan berada di zon penyingkir­an, memang tak patut langsung,” katanya kepada BH Sukan.

Sri Pahang hanya berjaya mengumpul lapan mata hasil dua kemenangan, dua kali seri dan tewas enam kali yang menyaksika­n skuad kendalian Christophe Gamel itu menghuni tangga ke-11.

Prestasi buruk yang membelengg­u Sri Pahang turut mencetuska­n kemarahan penyokong Tok Gajah yang bertindak meluahkan perasaan tidak berpuas hati kepada barisan pemain dan pegawai pasukan itu selepas aksi berdepan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu lalu.

Selain itu, Pekan turut menyifatka­n kegagalan membentuk kombinasi terbaik dalam pasukan menjadi antara faktor Sri

Pahang gagal memberikan aksi lebih positif dalam liga.

“Mereka ada pemain berkualiti, tapi apa yang saya nampak pasukan Sri Pahang gagal mewujudkan satu permainan yang positif, ada pemain yang tak yakin dengan kebolehan sendiri.

“Pahang pun bukanlah pasukan yang tidak berbelanja, kalau kita tengok untuk tahun ini mereka juga sudah bersiap awal. Mungkin juga kesilapan dari segi pemilihan pemain import.

“Pengambila­n pemain untuk perpindaha­n kedua ini juga nampak tidak menjadi. Ketika awal musim, mereka sepatutnya mendapatka­n import yang terbaik, tapi tak menyerlah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia