Berita Harian

Impian Shahrul jadi kenyataan

-

Kuala Lumpur: Gimnas lelaki negara, Muhammad Shahrul Aimy bakal memenuhi impian zaman kanak-kanaknya untuk beraksi di Sukan Komanwel di Birmingham, England bulan depan.

Sukan Komanwel Birmingham 2022 dijadual membuka tirainya 28 Julai ini bakal menjadi penampilan sulungnya di temasya empat tahun sekali itu dan ia bagaikan ‘mimpi menjadi realiti’ buat atlet berusia 21 tahun dari Terengganu itu.

Shahrul yang pernah tular disebabkan ketampanan­nya ketika meraih pingat gangsa dalam acara kekuda berpelana di Sukan SEA Vietnam 2021 berkata, sudah tentu dia berharap mampu melangkah ke final.

“Ini penampilan pertama saya di Sukan Komanwel. Ini adalah impian saya sejak kecil lagi dan Sukan Komanwel ini adalah salah satu impian saya untuk bertanding di sana dan tentunya saya gembira.

“Buat masa ini, saya sudah bersiap sedia dan sasaran itu adalah untuk cuba memasuki final. Apabila dapat capai, baharu saya menyasarka­n pingat,” kata Shahrul yang menyertai kontinjen Malaysia dalam disiplin artistik bersama Rachel Yeoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia