Berita Harian

Detik Zii Jia tebus kecewa

- Oleh Sukhairi Thani

Badminton Terbuka Malaysia

Jaguh perseorang­an buka kempen menentang pemain Perancis sukhairi@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 bakal menjadi pentas terbaik buat pemain perseorang­an profesiona­l lelaki negara, Lee Zii Jia untuk menebus kembali kekecewaan tewas seawal pusingan pertama pada edisi 2019.

Pada ketika itu, Zii Jia yang masih bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM), tewas di tangan pemain Thailand, Suppanyu Avihingsan­on 21-17, 1921, 21-15 - kekalahan awal yang pastinya tidak mahu diulangi pemain di ranking kelima dunia itu selepas dua tahun Terbuka Malaysia tidak dianjurkan disebabkan pandemik COVID-19.

Pemain berusia 24 tahun yang sudah mengharung­i lapan kejohanan sebelum ini tampak tidak mempunyai halangan besar untuk menewaskan pemain Perancis, Toma Junior Popov - pemain yang empat kali ditewaskan dalam empat pertemuan sebelum ini - pada aksi pusingan pertama esok.

Begitupun bahang saingan mungkin bakal dirasai Zii Jia pada pusingan kedua, bertemu sama ada pemain Denmark, Rasmus Gemke ataupun Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia.

Atas kertas, Gemke yang berada di ranking ke-12 dunia mempunyai kelebihan dalam empat pertemuan mereka sebelum ini, meraih empat kemenangan ke atas Zii Jia dengan kali terakhir di pusingan pertama Terbuka Indonesia 2021.

Begitupun, sekiranya Shesar membuat kejutan mampu menewaskan Gemke, cabaran Zii Jia tampak seimbang dengan rekod pemain Kedah itu memenangi empat daripada tujuh pertemuan.

Sekiranya mara ke suku akhir, Zii Jia berkemungk­inan bertemu pemain pilihan kedua dari Jepun, Kento Momota - juara Masters Malaysia 2020 yang terbabit dalam satu kemalangan di Lebuhraya Maju Expressway (MEX), dua tahun lalu.

Pertemuan itu bakal menjadikan pertembung­an ke-13 antara kedua-dua pemain berkenaan namun Zii Jia tampak lebih berpeluang untuk mengatasi pemain di ranking kedua dunia itu selepas menyaksika­n dua aksi terakhir di Piala Thomas dan Seluruh England memihak kepada Zii Jia.

“Saya tak mahu terlalu memikirkan mengenai lawan. Cuma yang paling mencabar ketika ini adalah diri sendiri,” katanya Zii Jia yang pada tahun ini sudah meraih dua gelaran iaitu di Kejohanan Badminton Asia (BAC) dan Terbuka Thailand.

Terbuka Malaysia kembali tahun ini selepas pandemik COVID-19 dengan rekod sebelum ini menyaksika­n Datuk Lee Chong Wei muncul sebagai pemain Malaysia terakhir menjuarai kejohanan pada edisi 2018.

Legenda negara muncul pemain terbanyak meraih kejuaraan apabila turut pernah meraih gelaran pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010,

2011, 2012, 2013,

2014 dan 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia