Berita Harian

Tak mahu jadi bidan terjun

-

Zii Jia

Kuala Lumpur: Beregu muda lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri bertekad tidak akan mensia-siakan peluang beraksi pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.

Arif berkata, saingan sudah pastinya sengit namun baginya dan Haikal tetap akan mempamerka­n persembaha­n terbaik apatah lagi beraksi di hadapan penyokong tempatan di Axiata Arena Bukit Jalil.

“Yang pertama bagi saya, nak berikan yang terbaik, tunjukkan permainan kami dan kalau kalah, biar kalah puas hati, bukan kalah tak melawan,” katanya.

Arif-haikal yang digelar gandingan ‘Patatimo Boys’ memperoleh peluang beraksi di kejohanan bertaraf Super 750 itu selepas beberapa gandingan ternama menarik diri.

Sebelum ini, beregu nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-marcus Fernaldi Gideon serta satu lagi gandingan Indonesia, Pramudya Kusumaward­ana-yeremia Rambitan terpaksa menarik diri kerana kecederaan.

Sementara itu, Haikal sama sekali tidak menjangkak­an yang mereka dipilih mengisi kekosongan itu memandangk­an mereka adalah beregu simpanan ketiga.

“Ketika di Indonesia (Masters Indonesia), saya melihat ada beregu yang mengalami kecederaan dan saya rasa ini satu peluang buat saya dan Arif untuk mengambil peluang ini dengan sebaiknya kerana ia bukan datang selalu dan kami akan tunjukkan yang terbaik.

“Saya tak nak meletakkan sasaran yang begitu tinggi. Cukup untuk saya dan Arif melangkah dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Tak mahu memikirkan sesuatu yang tinggi kerana kami tahu keupayaan lawan dan disebabkan itu lebih baik ambil pendekatan satu demi satu (perlawanan).

Gandingan itu turut mengharapk­an sorakan dan sokongan padu dari penyokong di laman sendiri dapat menaikkan lagi semangat mereka di gelanggang.

“Lagi OK sekiranya (Axiata Arena) meriah, lagi ramai lagi baik. Saya lebih suka suasana meriah kerana ia akan menaikkan semangat juang dan disebabkan itu saya perlukan penyokong,” kata Haikal yang kini menduduki ranking ke-85 dunia bersama Arif.

Wan Arif (kanan) dan Haikal menguji gelanggang Axiata Arena menjelang Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia hari ini.

 ?? ??
 ?? (Foto Aswadi Alias/bh) ??
(Foto Aswadi Alias/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia