Berita Harian

Sivasangar­i harapan emas

-

Dari Muka 48

Komander Operasi JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya Pegawai Bomba Kanan II Rosman Ab Rahman berkata pihaknya menerima laporan awal melibatkan kereta Proton Saga BLM terbakar 90 peratus selepas melanggar sebuah lori muatan satu tan sebelum terbabas.

“Api berjaya dipadam pihak bomba dan terdapat tiga mangsa terlibat, hanya seorang mangsa mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Putrajaya menaiki ambulans,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata mangsa lain dalam kemalangan terbabit ialah seorang lelaki berumur lingkungan 20 tahun yang dipercayai pemandu Proton Saga itu manakala pemandu lori lelaki berusia lingkungan 40 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sivasangar­i, yang juga pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Komanwel bersama atlet powerlifti­ng Bonnie Bunyau Gustin adalah antara harapan pingat emas buat Malaysia. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia