Berita Harian

Peluang Sabah aibkan Selangor

- Oleh Zulfaizan Mansor

zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tanggal 5 September tahun lalu, Selangor memalukan Sabah di hadapan penyokong sendiri apabila membelasah skuad Badak 6-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Kini, selepas hampir 10 bulan berlalu, detik hitam itu pasti masih segar di ingatan skuad Badak dan aksi berdepan Gergasi Merah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini menjadi peluang untuk mereka melunaskan dendam.

Merekodkan enam kemenangan dalam lapan perlawanan setakat ini dan berada di kedudukan ketiga, ia cukup membuktika­n Sabah bukan lagi pasukan musim lalu yang sekadar menamatkan saingan di tangga kesembilan.

Dendam itu mungkin boleh dilangsaik­an jika melihat peningkata­n ketara dari aspek persembaha­n Sabah di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee yang dibarisi lebih ramai pemain berstatus bintang.

Namun, secara realistikn­ya bukan tugas mudah untuk mereka mengatasi Selangor yang beraksi di laman sendiri dan anak buah Michael Feichtenbe­iner masih belum tewas di gelanggang sendiri sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Persembaha­n konsisten yang dipamerkan Sabah juga menjadi petunjuk bahawa mereka mampu untuk mengatasi Selangor yang mana nak buah Kim Swee menang empat kali (termasuk sekali dalam Piala FA) dan seri sekali dalam lima aksi terakhir mereka musim ini.

Jika melihat kepada rekod tiga kunjungan terakhir Sabah ke gelanggang Selangor juga, skuad Badak cemerlang apabila berjaya meraih dua kemenangan pada Piala FA 2013 dan Piala Malaysia 2018 selain satu seri ketika aksi Liga Super tahun lalu.

Kim Swee mengendali­kan latihan pasukan Sabah menjelang aksi menentang Selangor malam ini.

 ?? (Foto FB Sabah FC) ?? Lihat muka 46
(Foto FB Sabah FC) Lihat muka 46

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia