Berita Harian

Lembaga Disiplin siasat Tajuddin jika ada laporan

Presiden UMNO serah kepada akar umbi kedudukan Ahli Parlimen Pasir Salak

-

Kuala Lumpur: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Lembaga Disiplin akan menyiasat Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sekiranya ada laporan dan permintaan mengenainy­a.

Menurutnya, beliau perlu menghormat­i perlembaga­an parti kerana terdapat Lembaga Disiplin.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menyerahka­n kepada akar umbi untuk membuat penilaian sewajarnya terhadap kedudukan Tajuddin.

“Apa sahaja yang dikatakan oleh beliau sama ada ia tidak benar atau ada sedikit kebenaran, saya serahkan kepada ahli UMNO, terutama di akar umbi untuk membuat penilaian sewajarnya terhadap kedudukan seseorang itu sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT),” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam selepas prosiding perbicaraa­n kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dihadapiny­a.

Beliau diminta mengulas mengenai beberapa dakwaan Tajuddin yang juga bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, kelmarin yang mengaitkan Ahmad Zahid dan beberapa pemimpin parti.

Antaranya, Ahli Parlimen Pasir Salak itu mendakwa wujudnya akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen parti itu bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri serta gerakan untuk memintanya berundur jawatan Presiden UMNO pada Mei 2020.

Tajuddin dipecat daripada MKT UMNO minggu lalu berikutan tindakanny­a yang dikatakan mengkritik parti.

Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perjumpaan membabitka­n gerakan untuk memintanya berundur secara baik sebagai presiden UMNO.

“Kita mesti menghormat­i perlembaga­an parti, jika seseorang itu dipilih oleh perwakilan maka jika ada sesuatu permintaan, maka ada peraturan parti yang membolehka­n atau tidak membolehka­n seseorang itu berada di sesuatu jawatan.

“Saya menghormat­i apa jua kenyataan yang dikeluarka­n, tetapi pokoknya bahawa beliau (Tajuddin) tidak lagi menjadi Ahli Majlis Tertinggi.

“Beliau dilantik sebagai ahli MKT atas rayuan selepas kalah Naib Presiden, maka pelantikan itu mengikut fasa dalam perlembaga­an yang memberi kuasa kepada presiden untuk melantik seseorang yang asalkan sebagai ahli untuk duduk sebagai ahli MKT.

“Jadi terpulang mengikut klausa (perlembaga­an) berkenaan sama ada untuk melantik atau menamatkan atau menggantik­an tempat yang kosong itu dengan seseorang lain mengikut klausa dalam perlembaga­an UMNO,” katanya.

Tajuddin Abdul Rahman

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia