Berita Harian

‘Segera buat pemilihan kalau berani’

-

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendesak supaya pemilihan UMNO diadakan secepat mungkin bagi menangani kemelut yang dihadapi parti itu.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, berkata buat masa ini pemilihan parti adalah lebih penting diadakan berbanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi mengelakka­n UMNO dibubarkan.

“Buatlah pemilihan parti kalau berani... nak hadapi PRU (perlu) berani, berani hadapi pemilihan parti juga. Apa yang perlu dibuat UMNO ketika ini adalah pemilihan, bukannya PRU.

“Saya risau kalau tidak dibuat sebelum Disember, UMNO akan dibubar sebab kita ada 18 bulan bermula Jun tahun lalu untuk adakan pemilihan,” katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, dalam sidang medianya, bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak layak memimpin parti dan perlu melepaskan jawatannya secara terhormat demi kepentinga­n parti.

Malah, menurut Ahli Parlimen Pasir Salak yang digugurkan sebagai anggota MKT pada minggu lalu berkata, Ahmad Zahid sudah menjadi liabiliti kepada UMNO dan sehubungan itu tidak boleh mengepalai parti dalam pilihan raya akan datang.

Jun tahun lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumka­n UMNO menangguhk­an pemilihann­ya di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) selama 18 bulan.

Ahmad Maslan dilaporkan berkata, sudah pun menemui dan menulis surat kepada Ketua Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Ketua Pengarah Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan juga Ketua Pengarah Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia

(ROS).

Mei lalu, UMNO meminda perlembaga­an bagi membolehka­n pemilihan parti diadakan enam bulan selepas PRU-15.

Mengulas mengenai perkara itu, Mohamed Nazri berkata, pindaan itu difahaminy­a terpakai untuk digunakan pada masa akan datang.

“Fahaman saya sebagai seorang peguam, pindaan digunakan untuk masa depan bukan sekarang.

“Apa yang UMNO perlu buat adalah mengadakan pemilihan parti,” katanya.

Mengulas mengenai gesaan Tajuddin supaya Ahmad Zahid berundur, Mohamed Nazri berkata, amalan dalam UMNO sebelum ini memutuskan mana-mana pemimpin yang mempunyai kes di mahkamah perlu berundur sebagai presiden parti.

Beliau berkata, atas dasar itu, Ahmad Zahid juga perlu membuat tindakan sama dengan menarik diri seperti dilakukan pemimpin dalam UMNO sebelum ini.

“Ahmad Zahid patut tarik diri... amalan lepas menunjukka­n siapa ada kes perlu berundur seperti mana Dr Mohamad Khir Toyo (bekas Menteri Besar Selangor); Tan Sri Muhammad Muhd Taib (bekas Naib Presiden UMNO) dan Tan Sri Rahim Tamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka).

“Malah, sebelum ini, UMNO buat keputusan sesiapa ada kes perbicaraa­n perlu mengundurk­an diri bagi fokus kepada kes supaya kes peribadi tidak dijadikan kes parti.

“Tetapi tidak undur diri pula (Ahmad Zahid) itu yang jadi masalah sekarang,” katanya yang menyokong mengenai tindakan Tajuddin mendedahka­n perkara itu bagi membolehka­n ahli parti membuat keputusan sebaik-baiknya.

“Ia kebebasan bersuara, ...Tajuddin sudah bukan ahli MKT, jadi orang tidak boleh marah beliau.

“Beliau cakap benda betul. Biar rakyat dan ahli UMNO membuat keputusan,” katanya.

Saya risau kalau tidak dibuat sebelum Disember, UMNO akan dibubar sebab kita ada 18 bulan bermula Jun tahun lalu untuk adakan pemilihan

Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ahli Parlimen Padang Rengas

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia