Berita Harian

Pendedahan Tajuddin cetus kesan rantaian dalam parti

Krisis tidak dibendung boleh buka pekung pemimpin pada pemilihan UMNO

-

Kuala Lumpur: Pelbagai dakwaan mengenai UMNO dan kepemimpin­an parti itu yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, mengundang reaksi pelbagai dalam kalangan penganalis­is politik.

Ada yang berpandang­an, dakwaan Tajuddin itu tidak menjejaska­n UMNO kerana dibuat susulan rasa kecewa akibat digugurkan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, selain tidak mempunyai merit susulan personalit­inya yang sering dilihat sebagai ‘kaki gaduh’ yang tidak memberi kelebihan kepada UMNO.

Namun, ada yang menjangkak­an kenyataan dibuat Ketua UMNO Pasir Salak itu akan mewujudkan kesan rantaian dalam UMNO, jika kemelut itu dibiarkan berpanjang­an.

Penganalis­is politik, Datuk Shamsuddin Nawawi, berkata implikasi kemelut dalaman UMNO itu antara lain boleh mengakibat­kan pengundi cenderung tidak memilih parti itu, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, pengundi tidak gemar kepada parti yang bertelagah, selain mempunyai pelbagai pilihan lain yang mungkin akan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat.

“UMNO tak boleh leka dengan sindrom penafian kerana ia adalah punca utama kekalahan pada PRU-14. Masalah kecil tetap masalah dan mungkin menjadi parah, selain jangan perlekeh individu tidak senada dengan pemimpin, sebaliknya raikan perbezaan pendapat mereka.

“Kemelut antara Tajuddin dan Ahmad Zahid ini bukan beri masalah kepada UMNO, sebaliknya bagi ekosistem di luar parti. Rakyat akan melihat UMNO asyik bergaduh dan ia tidak menguntung­kan mereka.

“Justeru, ini akan mewujudkan pandangan ‘buat apa undi UMNO’, selain menyebabka­n pengundi sama ada memilih pembangkan­g atau langsung tidak mengundi,” katanya.

Semalam, Tajuddin mendakwa Ahmad Zahid tidak layak memimpin UMNO dan perlu undur diri secara terhormat, selain mendedahka­n keputusan mesyuarat MKT parti itu selama ini dibuat mengikut kehendak Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Tajuddin juga mendakwa Ahmad Zahid tidak berpuas hati dengan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, kerana tidak diberi peluang menggalas jawatan itu.

Sementara itu, Shamsuddin berkata, kemelut berterusan dalam kalangan pemimpin UMNO akan mewujudkan pelbagai kesan rantaian, sekurang-kurangnya sehingga pemilihan parti berkenaan.

Keadaan itu, katanya, akan mewujudkan amalan ‘saling membuka pekung’ antara pemimpin yang bertanding pada pemilihan UMNO, selain memberi impak kurang baik kepada individu tidak senada dengan kepemimpin­an utama parti.

“Mereka (individu tak senada dengan pemimpin utama) akan dilabel sebagai proksi kepada calon yang bersaing bagi jawatan sama. Sebagai contoh, saya melihat Ismail Sabri mungkin akan bertanding jawatan Presiden, menentang Ahmad Zahid.

“Keadaan ini mungkin menyebabka­n Tajuddin dianggap sebagai proksi Ismail Sabri dan pihak lawan akan cuba buka pekung Ahli Parlimen Bera itu dengan keadaan ini menjadi kitaran tidak sihat bagi UMNO.

“Ia antara lain menyebabka­n ramai pemimpin muda dilahirkan UMNO cenderung ‘main dua kolam’ bagi memastikan kelangsung­an mereka dalam parti,” katanya.

Pandangan hampir sama diketengah­kan penganalis­is politik, Datuk M Periasamy, yang menyifatka­n kenyataan Tajuddin akan mencacatka­n imej UMNO, selain berisiko memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU-15.

Katanya, kenyataan Tajuddin itu antara lain menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan akar umbi terhadap semangat dan ketelusan kepemimpin­an parti memperjuan­gkan agenda UMNO

“Kelemahan dan pergolakan dalaman parti tidak sewajarnya didedahkan secara terbuka kerana ia akan menimbul suasana membentuk persepsi politik berbeza-beza dalam kalangan ahli mahupun rakyat.

“Ia juga sudah tentu akan menjejaska­n kreadibili­ti dan imej parti, terutamany­a semasa UMNO sedang mempersiap­kan jenteranya bagi menghadapi PRU-15 yang dianggap cukup mencabar,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail, pula berharap pemimpin UMNO yang berdepan kes mahkamah sama ada bersalah atau tidak, berundur daripada jawatan seperti yang diputuskan dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebelum ini.

Pandangan berbeza dikemukaka­n penganalis­is politik, Prof Adjung Dr Jeniri Amir, yang menyifatka­n kenyataan Tajuddin tidak memberi kesan kepada UMNO, sebaliknya lebih mencermink­an personalit­i yang kecewa.

Beliau berpandang­an, kenyataan Tajuddin tidak memberi kesan mendalam kepada UMNO, selain menyifatka­n pendedahan itu hanya mengabsahk­an dakwaan berkaitan isu sama, sebelum ini.

“Ia hanya lebih banyak menggambar­kan Tajuddin sebagai personalit­i kecewa, selain reputasiny­a lebih teruk terjejas oleh kerana tindakan beliau.

“UMNO sebaliknya perlu memberikan tumpuan lebih kepada kaedah untuk meraih kemenangan besar pada PRU-15 dan bergerak ke depan, melainkan mahu ‘pisang berbuah dua kali’ seperti dialami pada PRU14,” katanya.

Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi pula berpendapa­t kenyataan Tajuddin bukanlah faktor penentu kepada kemenangan atau kekalahan UMNO pada PRU-15, selain ahli mampu menilai ‘watak’ diperlukan UMNO bagi memastikan kemenangan.

Penganalis­is politik, Datuk Ismail Sualman, berpandang­an kenyataan Tajuddin mungkin dibuat berdasarka­n dendam kerana digugurkan sebagai ahli MKT UMNO, selain menyifatka­n beliau sebagai liabiliti dalam parti itu.

“Banyak kenyataan beliau yang tidak menguntung­kan UMNO dan menyebabka­n tindakan diambil ke atasnya, selain personalit­inya yang begitu lantang,” katanya

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar yang juga Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, berharap kepemimpin­an UMNO tidak melayan kenyataan Tajuddin yang disifatkan semakin keanakanak­an selepas digugurkan daripada

Rakyat akan melihat UMNO asyik bergaduh dan ia tidak menguntung­kan mereka. Justeru, ini akan mewujudkan pandangan ‘buat apa undi UMNO’, selain menyebabka­n pengundi sama ada memilih pembangkan­g atau langsung tidak mengundi

Shamsuddin Nawawi, Penganalis­is politik

UMNO sebaliknya perlu memberikan tumpuan lebih kepada kaedah untuk meraih kemenangan besar pada PRU-15 dan bergerak ke depan, melainkan mahu ‘pisang berbuah dua kali’ seperti dialami pada PRU-14

Jeniri Amir, Penganalis­is politik

MKT.

“Apa yang didedahkan itu, jika benar sekali pun sudah tidak lagi relevan sebab Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) sudah putuskan tiada kerjasama dengan Anwar atau PKR.

“Pada saya, beliau cuma timbulkan isu ini dengan tujuan menimbulka­n kebencian ahli dan umum terhadap reputasi Zahid secara peribadi, bukan kepada parti,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia