Berita Harian

Tun M dakwa wujud pakatan lantik PM baharu

-

Putrajaya: Pendedahan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, semalam termasuk gesaan menandatan­gani akuan bersumpah (SD) menunjukka­n banyak perkara yang disembunyi­kan daripada pengetahua­n rakyat.

Tanpa memperinci­kan mana-mana parti politik, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pertukaran Perdana Menteri menjadi isu yang dimainkan pihak terbabit bagi menarik sentimen rakyat.

“Nampak banyak perkara berlaku yang disembunyi daripada rakyat. Ada pakatan usaha untuk adakan seorang Perdana Menteri baharu, jadi mereka main isu tukar Perdana Menteri.

“Itulah kerja mereka. Bukan hendak mentadbir negara,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan Jabatan Peguam Negara semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan dibuat Tajuddin semalam yang mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tidak layak memimpin parti dan perlu undur diri secara terhormat.

Tajuddin yang digugurkan jawatan itu Selasa lalu menerusi satu surat mendakwa segala keputusan mesyuarat MKT UMNO selama ini bukan kehendak ahli MKT, sebaliknya adalah kehendak Ahmad Zahid sendiri.

Ahli Parlimen Pasir Salak turut mendedahka­n Ahmad Zahid mengetuai bagi menandatan­gani SD dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Perdana Menteri.

Tajuddin turut mendakwa Ahmad Zahid juga tidak berpuas hati dengan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kerana beliau tidak diberi ruang menggalas jawatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia