Berita Harian

Maximus serah kepada Sabah buat tuntutan berkait MA63

-

Kota Kinabalu: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyerahka­n sepenuhnya kepada kerajaan Sabah untuk membuat sebarang tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia (MA63).

Beliau berkata, hasil perjalanan rombongann­ya ke London pada 19 Jun lalu bagi meneliti dokumen sejarah yang boleh mengesahka­n semula kesahihan tuntutan MA63 di Arkib Negara di London itu, membuahkan hasil.

“Ia sebuah perjalanan yang membuahkan hasil dan kita juga mempunyai sesi perbincang­an di sana, malah ada beberapa pemimpin Sarawak juga berada di sana.

“Kita tidak perlu duduk dan membuat analisis apa yang perlu diambil atau digunakan oleh Kerajaan Sabah untuk membuat apa-apa tuntutan berkenaan.

“Pada masa ini, kita fokus kepada isu (berkenaan MA63) kewangan, konsensus, sempadan wilayah dan sebagainya, tetapi akhirnya terpulang kepada kerajaan negeri untuk membawanya secara lebih terperinci,” katanya selepas Majlis Perasmian Persidanga­n Tahunan Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Maximus berkata, pihaknya di peringkat Persekutua­n akan menyediaka­n jalan dan ruang untuk kerajaan negeri bagi sebarang tuntutan spesifik.

Beliau berkata, terdapat banyak data (mengenai perkara dan tuntutan MA63) tetapi ia bergantung kepada kerajaan negeri sejauh mana mahu menggunaka­n serta memanfaatk­annya.

Sementara itu, Maximus yang juga Presiden PBS berkata, beliau akan berundur daripada jawatan presiden dalam masa tiga tahu dan bersama parti hingga berlangsun­g kongres akan datang.

Beliau berkata, tempoh itu bagi membolehka­n PBS mencari calon berkelayak­an dan berpotensi yang mampu menerajui parti politik tertua di Sabah itu.

“Ada tempoh masa untuk parti. Sekurang-kurangnya mereka tahu Maximus akan tamat (sebagai presiden) sebelum kongres dalam tempoh tiga tahun akan datang atau sebelum memastikan kita boleh mengenal pasti calon berpotensi.

“Kita akan kekalkan kerusi sebelum kongres tiga tahun akan datang dan kita akan mengenal pasti presiden seterusnya yang berkelayak­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia