Berita Harian

Tun M hanya bekerjasam­a jika Apandi ditukar

-

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad berkeras tidak akan bekerjasam­a dalam siasatan menyemak isu dan tindakan perundanga­n berhubung kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan selagi Tan Sri Mohamed Apandi Ali masih kekal sebagai pengerusi pasukan petugas khas berkenaan.

Bekas Perdana Menteri itu, berkata beliau hanya sedia menjawab segala persoalan sekiranya Apandi ditukar dan pihak ketiga yang tidak mempunyai kepentinga­n dibawa masuk dalam siasatan.

“Hari ini ada inkuiri berkait siasatan pasukan berkenaan dan saya dipanggil ke Jabatan Peguam Negara, sebaik tiba seorang pegawai di sini memaklumka­n kepada saya Apandi masih pengerusi, jadi saya beritahu tidak akan beri kerjasama.

“Ini kerana dia (Apandi) tidak sepatutnya jadi pengerusi, tapi sebagai saksi, sudah beberapa kali surat ditulis meminta supaya pengerusi diganti, tapi tiada jawapan, ini mengarut.

“Saya tidak kisah siapa patut dilantik, tapi mesti tidak wujud konflik kepentinga­n, seorang yang tidak berpihak harus dilantik.

Saya akan kerjasama dan beri semua maklumat, ceritakan yang benar.. kalau nak adil mesti ada pihak ketiga yang berkecuali yang terbabit sekali dalam siasatan,” katanya di pekarangan luar Jabatan Peguam Negara selepas diminta hadir pihak terbabit hari ini.

Ditanya mengenai reaksi kerajaan Johor mahu tindakan undang-undang diambil ke atas pihak menyebabka­n negara kehilangan hak dan kedaulatan terhadap Batu Puteh, Mahathir berkata, kerajaan dan Sultan Johor boleh menyalahka­n sesiapa dan bebas memberi pendapat.

“Dia (Sultan) nak salahkan siapa pun dia bukan hakim, dia Sultan yang boleh bagi pendapatny­a.

“Di negara kita ini Sultan bebas, di atas undang-undang, jadi dia boleh kata apa pun, saya tidak boleh jawab.. tapi saya nak tahu kenapa dia jual 1,370 hektar tanah kepada China.

“Ini nak jual bandar Maharani kepada Singapura.. isu ini lebih besar dari seketul batu (Pulau Batu Puteh).. kalau begini nanti tiada lagi Johor,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia